Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.

Korang apa khabar? Semoga baik-baik sahaja bersama keluarga tercinta.

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda tutorial menggunakan screener dalam Mahersaham App.

Tutorial Mahersaham App

Korang dah baca artikel mengenai screener Mahersaham App?

Kalau korang dah baca mesti korang dah tahu jenis-jenis screener yang ada dalam Mahersaham App.

Jom kita teruskan dengan tutorial Mahersaham App yang berfokus pada screener fundamental.

Lebih spesifik kepada screener magic formula investing dan screener high dividen yield.

Tutorial Guna Screener Magic Formula Investing

Magic Formula Investing merupakan blueprint, satu framework yang menggunakan fundamental investing.

Strategi ini telah dihasilkan oleh Joel Greenblatt.

Untuk ketahui lebih lanjut korang boleh rujuk artikel Magic Formula Investing

Screener ini memaparkan saham-saham yang memenuhi criteria-criteria Magic Formula.

Korang buka app.mahersaham.com

Klik screener dan cari fundamental kemudian klik Magic Formula Investing.

Paparan screen anda seperti di bawah ini.

Berikut merupakan kaunter yang terlibat dan last update pada 18 Januari 2021 pukul 5 petang.

Untuk pengetahuan korang, data akan berubah setiap hari.

Di mana ia akan berubah mengikut kriteria magic formula investing.

Boleh jadi hari ini kaunter A ada dalama screener ini dan kemudian esok hari dah tiada.

Itu adalah normal.

Kerana screener itu ibarat filter yang screen kaunter-kaunter mengikut kriteria.

Seperti yang saya jelaskan tadi gambar rajah di atas merupakan kaunter-kaunter yang terlibat dengan kriteria magic formula investing.

Okay sekarang saya jelaskan pula macam mana gunakan screener ni.

Klau kita lihat dalam table di atas, korang akan lihat beberapa perkara termasuk:

  • Kaunter (Stock)
  • PE ratio
  • ROE
  • Total score
  • Sector
  • Subsector

Highlight dalam magic formula investing adalah total score.

Tekniknya adalah kita akan ranking kan PE daripada kecil ke besar dan berikan score.

Manakala ROE kita ranking kan daripada besar ke kecil dan berikan score.

Kemudian kita akan totalkan score.

Apa Itu PE Ratio dan ROE?

PE Ratio = Market price per share / earning per share

PE ratio adalah harga yang kita bayar compare dengan keuntungan syarikat.

Lagi tinggi PE ratio bermakna harga yang kita bayar lebih mahal.

ROE (Return On Equity)

Bermaksud pulangan keuntungan kepada shareholder.

Bermakna ROE adalah fakta.

Jika ROE tinggi maka ia adalah bagus.

Tambahan nota sikit, kriteria PE dan ROE yang kita pilih ialah berdasarkan pembelajaran dalam kelas supertrader.

Iaitu PE ratio di bawah 15 dan ROE di atas 10.

Total score yang paling rendah adalah yang paling baik.

Macam mana nak totalkan score?

Hahhhh part yang ini korang jangan bingung, yang ni semua komputer yang generate.

Kita hanya fokus pada data yang dikeluarkan.

Ohh ya seperkara lagi, kaunter yang bertanda [S] bermaksud kaunter tersebut adalah kaunter yang syariah.

Tutorial Guna Screener High Dividen Yield

Kaunter apa yang boleh pelabur lihat dalam screener ni?

Sudah pasti screener ini memudahkan para pelabur untuk melihat kaunter yang memberikan pulangan dividend tinggi.

Hah dividen tu apa?

Korang boleh baca perkara wajib tahu tentang dividen dan tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat.

Macam biasa korang buka app.mahersaham.com

Klik screener dan cari fundamental kemudian klik High Dividen Yield.

Paparan screen anda seperti di bawah ini.

Hahhhh inilah kaunter-kaunter yang terlibat dengan kriteria High Dividen Yield last update pada 18 Januari 2021 pukul 5 petang.

Sama seperti yang saya jelaskan kat atas, data akan berubah setiap hari.

Di mana ia akan berubah mengikut kriteria High Dividen Yield.

Okay sekarang saya jelaskan pula macam mana gunakan screener ni.

Klau kita lihat dalam table di atas, korang akan lihat beberapa perkara termasuk:

  • Kaunter (Stock)
  • DY (%)- dividen yield
  • Dividend (cent)
  • Sector
  • Subsector

Dalam screener ni, korang akan tengok dividen yield 3% dan ke atas.

Dengan adanya screener High Dividen Yield ini kita boleh cari kaunter-kaunter yang boleh kita invest untuk long term.

Andai syarikat tersebut konsisten dalam memberikan dividen maka ia merupakan satu kelebihan bagi investor.

Contohlah korang nak kira berapa pulangan yang korang akan dapat.

Korang bukalah trading tools dan klik compounding interest.

Rujuk gambar di bawah.

Bayangkan korang ada modal sebanyak RM3000 dan korang invest dengan syarikat yang memberikan dividen yield sebanyak 5% maka profit korang setelah 2 tahun invest adalah seperti di bawah setelah tekan kalkulator.

Jumlah wang anda telah berkembang menjadi RM 3307.5

Keuntungan anda ialah RM 153.75 setahun.

Kesimpulan

Semoga tutorial menggunakan Mahersaham App yang berfokus kepada dua jenis screener ini memberikan sesuatu nilai tambah untuk korang.

Ingat, screener hanya membantu korang untuk filter kaunter berdasarkan pemilihan jenis screener yang korang pilih sama ada fundamental atau teknikal.

Sekiranya korang nak menggunakan screener premium bolehlah daftar sebagai Mahersaham Elite Traders.

Ingat, korang haruslah buat kajian mendalam terhadap sesuatu kaunter sekiranya bercadang untuk trade atau invest dalam syarikat tersebut.

Macam biasa ikut trading plan korang.

Pastikan korang dah buat kajian mendalam baru beli saham.

Semoga bermanfaat!

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami