Tutorial Mahersaham App 1.0 (Tools & Features)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Haaa..korang tahu tak yang Mahersaham ada app? Kepada yang belum tahu mengenai Mahersaham App nie boleh klik link di bawah

Mahersaham App
https://mahersaham.web.app/home

Untuk pengetahuan anda semua.. dalam Mahersaham App nie bermacam macam ilmu mengenai saham dan info-info terkini yang kami share dengan anda semua.

Bukan itu sahaja tauu.. dalam Mahersaham App nie juga anda boleh langgan kami punya pakej dan courses.

Haaa..tunggu apa lagi tu, jom download Mahersaham App. Klik link yang saya telah beri di atas.

Okey..untuk hari ni saya akan ajar anda tutorial menggunakan Mahersaham App dan apa yang terkandung dalam App kami nie.

Jom sama-sama belajar tutorial Mahersaham App

Pertama sekali kita akan belajar mengenai Tools dan Features-Features yang akan ada di Mahersaham App.

Features Mahersaham App (PART 1)

  1. Blog
Mahersaham App
Mahersaham App

Yang pertama adalah blog. Blog ini merupakan posting-posting yang berkaitan dengan isu semasa dan pembelajaran saham yang sudah pun diterangkan oleh tenaga pengajar dalam live Mahersaham.

Haa..kepada anda yang lebih berminat dan suka membaca bolehlah pergi di blog Mahersaham ni untuk sebarang rujukan atau ulangkaji semula.

Terdapat banyak tajuk yang menarik dan pembelajaran teknikal yang anda wajib tahu di blog ini.

2. Portfolio

Mahersaham App
Mahersaham App

Okay yang kedua pula adalah mengenai Portfolio. Kalau dulu ia berbentuk seperti card kini selepas di upgrade ia berfungsi sebagai paper trade seperti dalam gambar di atas

Portfolio ini membantu anda yang baru nak belajar saham dan cara macam mana nak jual beli dalam Bursa Malaysia.

Lebih kurang macam latihan (practical) strategi membeli saham anda sebelum anda membuat trade yang sebenar.

Dalam portfolio nie anda boleh masukkan kaunter mana yang anda nak buat kajian dan berapa amount yang anda nak laburkan.

Bahagian portfolio nie juga boleh tolong anda calculate untuk anda buy atau sell sesuatu saham.

Tapi suka untuk diingatkan, dalam Mahersaham App nie anda tak boleh beli saham tauu.. anda cuma boleh buat kajian dalam paper trade nie sahaja.

3. Stock Details

Mahersaham App

Okey macam yang anda dapat lihat gambar di atas Mahersaham App juga mempunyai chart untuk anda lihat dan membuat kajian terhadap kaunter yang anda minat.

Tapi chart di Mahersaham App ni tidaklah seperti chart candlestick di Tradingview

Chart nie korang boleh cari dekat stock details seperti dalam gambar di atas.

Features Mahersaham App (PART 2)

4. Screener

Seterusnya kita akan belajar mengenai screener yang ada di Mahersaham App nie.

Mahersaham App
Mahersaham App

Untuk pengetahuan anda, dalam screener nie ada 3 kategori iaitu technicals, fundamental dan premium.

Gambar di atas adalah screener premium yang akan saya ajar. Seperti yang anda dapat lihat gambar di atas saya dah tunjukkan di mana anda boleh klik untuk screener.

Terdapat 7 teknik dalam premium screener nie. Antaranya ialah teknik 3M, 4RW, Intraday Jerung, Intraday Momentum, Buy Today Sell Tomorrow, MILO dan MSR

  • 3M

Premium screener yang pertama adalah 3M. 3M ini adalah berdasarkan 3 Moving Average.

Ia berfungi untuk mencari kaunter-kaunter yang mungkin mengalami perubahan trend seperti downtrend nak jadi uptrend.

Mahersaham App

Berikut adalah beberapa kaunter yang keluar. Cumanya di screener nie tak semua kaunter betul-betul menepati kerana ada beberapa kriteria yang belum ditambahbaik lagi.

Namun asasnya sudah ada. Kaunter-kaunter ni memudahkan anda untuk lihat dan memilih kaunter mana yang terbaik di antara kaunter lain yang terdapat dalam list yang keluar ni.

Dekat sini kita juga dapat lihat kaunter, last harga close, sector dan juga subsector.

4RW Mahersaham App

4RW adalah 4 rukun warrant di mana ia adalah saham-saham yang memenuhi 4 rukun warrant dalam Mahersaham App.

Mahersaham App

Di sini dia akan filter kaunter-kaunter warrant yang di mana kita dapat lihat maturity date, premium, atau gearing.

Ia sangat sesuai untuk anda yang meminati kaunter-kaunter warrant dan memudahkan anda untuk membuat kajian dan pilihan kaunter warrant yang selamat.

  • Intraday Jerung
Mahersaham App

Yang ketiga adalah screener intraday jerung. Intraday jerung di Mahersaham App ni adalah antara screener yang mengeluarkan banyak senarai nama kaunter.

Intraday jerung nie berfungsi untuk kita lihat kaunter-kaunter mana yang ada kemasukan jumlah duit yang banyak ataupun orang beli saham dengan amount yang tinggi at least lebih daripada RM100,000 ringgit.

Bermakna bukan calang-calang orang yang boleh membeli saham dengan harga RM100,000 ringgit.

Tambahan pula, data yang diperlukan untuk kaunter ini juga sangat extensive, dan complex.

  • Intraday Momentum

Untuk intraday momentum di Mahersaham App ni berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang tertentu yang lebih ke arah momentum.

Ia juga digunakan untuk lihat perbezaan buy up dan sell down. Selain itu, nak lihat juga berapa banyak transaksi yang berlaku pada hari tersebut dan ada volume spike atau tidak.

Volume spike- average volume hari ni akan dibandingkan dengan average volume yang lepas.

BTST Mahersaham App

Kriteria yang digunakan untuk kaunter BTST dan intraday momentum di Mahersaham App ni hampir sama sebenarnya.

Cumanya signal BTST ni akan keluar pada waktu 4ptg untuk scan yang pertama dan scan yang kedua adalah pada pukul 4.30ptg

Untuk Buy Today Sell Tomorrow nie tak semestinya anda wajib beli kaunter yang tersenarai kerana ia juga memerlukan kepada analisa yang lebih mendalam sebelum membeli sesuatu kaunter.

  • MILO

Okey kita hampir habis. Untuk yang second last nie adalah screener MILO di Mahersaham App. Antara kriteria yang digunakan adalah Near 42 weeks low, moving average.

Screener ni adalah lebih kepada mereka yang nak membeli pada harga bawah. Sebagai contoh buy at support atau saham tu dalam keadaan oversold.

  • MSR

Yang terakhir sekali adalah screener MSR. Untuk screener MSR ini adalah lebih kurang sama kriterianya dengan MILO cuma dikatakan ia lebih laju dan cepat daripada screener MILO

Okey kita dah pun sampai ke penghujung tutorial Mahersaham App. Macam yang anda lihat gambar di bawah ini adalah box/ ruangan mesej yang anda boleh gunakan untuk mesej kami secara direct.

Anda boleh klik box nie di sebelah kanan anda.

Team kami akan balas segala pertanyaan anda mengenai Mahersaham App atau pembukaan akaun CDS.

Mahersaham App

Kesimpulan

Kesimpulannya terdapat banyak features dalam Mahersaham App nie yang bermanfaat untuk anda semua untuk membuat analisis saham.

Mahersaham App nie juga akan ditambahbaik dengan ruangan komen yang akan diusahakan oleh kami. Ia akan memudahkan anda untuk komen atau memberi pandangan/idea dan juga bertanya sebarang persoalan.

Jumpa lagi kita dalam artikel Tutorial Mahersaham App Part 2.

Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts