Tutorial Cara Guna Bursa Market Place
Bursa Market Place
Bursa Market Place pasti buatkan anda teruja dengan pasaran saham.
Selain mempunyai tarikan dari segi susun atur laman sesawang “website layout” yang menarik, ianya dilengkapi dengan segala maklumat terkini tentang pasaran saham.
Anda hanya perlu melayari website Bursa Market Place dan baca ruangan yang anda minat.
Kategori
Umumnya, terdapat 3 kategori yang diistilahkan dengan “Beginner“, “Intermediate” dan “Advanced”.
Setiap pelabur perlu melakukan semakan ke atas diri masing-masing supaya tidak merasakan dirinya telahpun melepasi tahap yang tidak wajar untuknya.
Oleh itu, “Learn” memberikan anda perspektif baharu mengenai ketiga-tiga kategori di atas.
Ruangan ini bersifat universal dan sesuai kepada semua terutama bagi mereka yang tidak pernah mengenali apa itu saham, bagaimana untuk bermula mahupun yang sudah lama melabur.
Rugi vs Untung Dalam Dunia Pelaburan
Tiada siapa mahukan kerugian. Hakikatnya, ia adalah lumrah yang akan dihadapi oleh setiap pelabur.
Oleh itu, beberapa pendekatan harus diambil bagi mengurangkan risiko kerugian antaranya mendapatkan senarai sasaran harga terkini “Latest Price Targets” untuk beberapa syarikat.
Cadangan juga turut diberikan.
Contohnya, melalui perkataan,”hold” – pelabur tidak perlu menjual saham tersebut.
Kedua, “underperformed” pula bererti tidak perlu membeli saham tersebut kerana ianya tidak menguntungkan.
Yang terakhir, “outperformed” bermaksud hendaklah menjual sekiranya saham ada dalam pegangan.
Selain itu, bole melabur dalam 5 syarikat yang meraih keuntungan teratas “Top 5 Gainers”.
Pedoman
learn before you leap – dapatkan pengetahuan yang secukupnya, belajar terminologi pelaburan dan lihat kategori pelabur yang sesuai dengan diri anda.
Practice – gunakan aplikasi cubaan melabur untuk melihat cara bagaimana melabur pada waktu sebenar “real-time”. Seterusnya, pilih syarikat dalam sektor seperti pembinaan, hartanah, peladangan atau sektor minyak dan gas asli untuk anda mulakan pelaburan.
Open CDS account – pilih broker yang tepat untuk menjalankan jual beli saham secara sah. Kemudian, buka CDS akaun dengan broker tersebut. Ia akan memastikan duit yang anda gunakan untuk urusniaga saham dijaga dengan baik.
Start investing – Anda sudah boleh mulakan pelaburan dengan yakin. Segala informasi berkenaan saham boleh diperoleh ketika anda melabur.
Selamat beramal!
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
0.5