|

Tutorial Cara Guna Aplikasi Mplus Global

Untuk artikel kali ini kita akan menunjukkan cara guna aplikasi Mplus Global satu persatu.

Aplikasi Mplus Global yang telah dilancarkan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur. Ini kerana akan datang, berkemungkinan besar Broker Malacca Securities akan sepenuhnya menggunakan aplikasi Mplus Global ini untuk menggantikan aplikasi MplusOnline yang kini digunakan untuk membeli saham di Bursa Malaysia.

Ini bermaksud, semua pembelian dan penjualan saham sama ada saham global dan juga saham Bursa Malaysia hanya didagangkan menggunakan platform Mplus Global sahaja.

Paparan Hadapan (Home)

Berikut adalah paparan hadapan untuk aplikasi Mplus Global.

Terdapat 6 segmen tab (kotak nombor 5) yang boleh dipilih daripada paparan hadapan ini iaitu :

  1. Watchlist
  2. Markets
  3. Trade
  4. News
  5. Live
  6. Me

Segmen ‘Me’

Daripada kotak bernombor 5, salah satu segmen yang ada (di sebelah paling kanan) adalah Me.

Bahagian ini menceritakan tentang beberapa perkara.

Atas sekali selepas “Hi” adalah ‘username‘ yang sama seperti Mplus Bursa jika pernah buka sebelum ini.

UID adalah no user, unik untuk setiap client.

Atas kanan, adalah simbol messages yang akan dapat dilihat di seluruh paparan kecuali dalam segmen Trade.

Dalam paparan messages anda boleh lihat notifikasi berkaitan Order anda, Price Alerts, News, Notifikasi Sistem dan Peringatan berkaitan Rewards yang ada.

Seterusnya, dalam segmen ‘me’ ini terdapat 10 fungsi yang boleh digunapakai iaitu :

  1. My Vouchers
  2. My Alerts
  3. Quote Marketplace
  4. Redemptions
  5. My Dealer’s Representative
  6. Invitation Code
  7. Customer Service
  8. Help Center
  9. App Feedback
  10. Seeting

Mari kita pergi lihat satu persatu fungsi untuk setiap item yang ada dalam segmen ‘me’ ini.

1. My Vouchers

My Vouchers akan menyenaraikan segala tawaran yang tuan/puan layak sekiranya ada. Dalam tu akan ada pecahan lagi seperti vouchers berdasarkan Trading, Market Data, Stock, Discount dan Cash.

2. My Alerts

My Alerts akan menyenaraikan Alert yang anda ada buat untuk mana-mana stock daripada mana-mana exchange.

Anda boleh set alert untuk saham dari mana-mana pasaran sekalipun.

3. Quote Marketplace

Quote Marketplace adalah adalah tempat membeli akses seperti 5level Market Depth sekiranya perlu.

4. Redemptions

Redemptions – sesetengah promosi Mplus akan memerlukan anda memasukkan kod untuk redeem pada bahagian ini.

5. My Dealer’s Representative

My Dealer’s Representative adalah bahagian di mana anda akan dapat lihat siapakah dealer atau remisier untuk akaun anda.

6. Invitation Code

Invitation Code adalah bahagian yang perlu dimasukkan awal-awal lagi sebelum mendaftar akaun. Sesudah akaun siap, tidak akan dapat masukkan lagi.

7. Customer Services

Ruangan Customer Service membolehkan anda menghubungi Mplus untuk isu-isu berkaitan saham atau app. Sekiranya masalah tersebut perlu diajukan kepada Dealer/Remisier, maka pihak Mplus akan memberitahu tuan/puan.

8. Help Centre

Help Center menyenaraikan panduan-panduan asas berkaitan penggunaan app Mplus Global.

9. App Feedback

App Feedback – anda boleh menghantar maklum balas atau features yang anda mahu Mplus tambah baik atau perbaiki sekiranya ada.

10. Setting

Settings – tetapan tambahan untuk Account & Security, Trade Preference, Clear Cache dan untuk Logout.

Penutup

Jangan ketinggalan untuk menerokali aplikasi Mplus Global ini untuk memulakan pelaburan anda di pasaran Bursa Malaysia dan juga pasaran global!

Sekiranya anda masih belum lagi mendaftar Akaun CDS, boleh tekan kotak dibawah :

Belajar Saham Melalui 5 Fasa

Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :

  1. Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
  2. Belajar Analisis Teknikal
  3. Belajar Analisis Fundamental
  4. Belajar Saham IPO
  5. Kajian Kes atau Case Studies

Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!

Anda masih belum ada akaun cds? Buka akaun cds di akauncds.com

Similar Posts