Tukar Alamat CDS Guna Apps Bursa Anywhere
Aplikasi Bursa Anywhere
Tahukah anda tentang Aplikasi Bursa Anywhere, kegunaannya dan keperluannya kepada kita sebagai seorang pelabur?
Bagi yang masih belum tahu, Bursa Anywhere adalah sebuah Aplikasi yang dibina oleh Bursa Malaysia bagi memudahkan pelabur menguruskan akaun cds mereka.
Ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan cara memuat turun di Play Store dan Apple Apps Store.
Sebelum anda boleh log masuk ke Apps ini perlu daftar dahulu ya
Dengan Aplikasi ini anda boleh melihat semua maklumat berkenaan akaun cds, kemaskini, muat turun penyata akaun CDS dan transfer saham ke akaun cds lain.
Jadi kali ini, artikel ini mahu tunjukkan pula cara untuk tukar alamat CDS untuk surat menyurat dalam butiran maklumat akaun cds anda menggunakan Bursa Anywhere
Cara untuk tukar alamat CDS
Butiran alamat amat penting untuk dikemaskini agar mudah untuk syarikat pegangan saham anda menghantar sebarang surat yang berkaitan ke alamat rumah anda nanti.
Jom lihat panduannya seperti berikut:
Pertama: Log masuk atau ‘login’ ke Apps Anywhere. Kemudian klik bahagian ‘My Services’ dan klik ‘Update CDS Account Details’
Kedua: Pilih ‘Registered Address’ dan klik ‘Next’
Ketiga: Selepas itu, akan keluar alamat asal yang belum ditukar. Sebagai contoh, rujuk seperti di gambar
Keempat: Kemudian anda boleh kemaskini dan tukarkan ke alamat baru. Selepas siap kemaskini alamat klik ‘Confirm’ untuk teruskan
Kelima: Kemudian klik ‘YES’ pada popup yang keluar ini
Keenam: Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui sms nombor telefon anda untuk sahkan. Kemudian klik ‘Submit’
Ketujuh: Selepas berjaya, cek email untuk mengetahui status pertukaran alamat anda
Kelapan: Anda akan terima email status kemaskini alamat seperti ini
Kesembilan: Akhir sekali, anda boleh semak alamat baru anda sudah dikemaskini dalam E-statement di Apps Bursa Anywhere seperti ini
Selesai!
Kesimpulan
Mudah ke mudah?
Dengan Apps ini sahaja anda sudah boleh kemaskini sebarang maklumat anda berkaitan cds.
Jadi anda tak perlu lagi call centre, pergi ke kanuter atau isi sebarang borang untuk kemaskini alamat surat menyurat.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.