Tugas dan Tanggungjawab Remisier
Ramai pelabur saham keliru dengan tugas dan tanggungjawab sebenar seorang remisier.
Pelabur beranggapan bahawa mereka perlu memberi tips-tips saham, memantau pergerakan harga turun naik saham untuk dimaklumkan kepada pelanggan pada setiap masa, membuat kajian atau analisa saham serta membuat perkiraan untung rugi dari portfolio pelaburan.
Dalam industri pasaran saham, mereka betindak sebagai orang tengah yang menghubungkan antara klien dan dan institusi pelaburan. Mereka menerima komisen bagi setiap transaksi yang dikendalikan.
Jika seseorang ingin membuka akaun saham CDS, orang tersebut mesti membuka akaun ini dengan seorang dealer atau remisier yang mengurus akaun tersebut.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Tugas Seorang Remisier
Peranan mereka sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham.
Mereka juga boleh menghadkan had dagangan pelanggan untuk mengawal pelanggan di dalam pembelian saham. Had dagangan berlebihan yang diperuntukkan kepada pelanggan merupakan satu bentuk cagaran bersandarkan kepada deposit remisier yang dicagarkan kepada pihak broker.
Sekiranya pelanggan enggan membayar atau melangsaikan hutang transaksi saham secara kontra, wang cagaran tersebut boleh digunakan untuk melangsaikan hutang pelanggan.
Dengan menggunakan khidmat remisier, pelanggan juga boleh meminta bantuan remisier di dalam permohonan saham melalui private placement atau memohon pinjaman pembiayaan saham IPO.
Ketahui apa itu IPO disini. Anda juga boleh mengenali pengasas Mahersaham iaitu Tuan Maher Alias yang merupakan remisier dibawah broker M+.
Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online.
Tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.
Boleh Ke Remisier Bagi Buy Call?
Mereka hanya boleh memberikan client informasi, tetapi tidak boleh mempengaruhi client untuk membuat keputusan. Client perlu membuat keputusan atas kesedaran sendiri, walaupun adakalanya ia merisikokan client atau pun adakalanya ia memberikan keuntungan kepada remisier itu sendiri.
Hukuman jika melanggar etika sangat berat. Denda yang sangat tinggi dan remisier boleh diharamkan terus daripada Bursa Malaysia. Atas sebab-sebab inilah kenapa mereka tidak mencadangkan buy kepada anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan berkenaan pelaburan saham, boleh sertai group Telegram @mahersaham.
Rujukan: Utusan Online , Empayar Saham