Tugas dan Tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah

Dalam artikel terdahulu kami ada menerangkan maksud dan jenis kategori Ahli Lembaga Pengarah. Tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah bukanlah mudah.

Dia perlu berlaku jujur, amanah dan sentiasa mendahulukan kepentingan syarikat. Tugas mereka boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu menjalankan tanggungjawab fidusiari dan tanggungjawab statutori.

Tanggungjawab Fidusiari

Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusiarinya dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah seperti yang terkandung dalam Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965.

Ada tiga jenis tanggungjawab fidusiari secara umum lain iaitu:

  • Berbincang dengan terbuka (duty of candor)
  • Bertindak dengan hati-hati (duty of care)
  • Setia kepada syarikat (duty of loyalty)

Seorang pengarah mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada pemegang saham syarikat. Untuk membuktikan bahawa tanggungjawab berkenaan telah dilaksanakan, sebarang keputusan yang dibuat oleh pengarah mestilah memenuhi ketiga-tiga tanggungjawab di atas; berterus-terang, menjaga dan taat.

Pengarah juga dikehendaki melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka dengan tahap yang lebih ketat berbanding dengan tanggungjawab di bawah kontrak. Keputusan yang memenuhi syarat di atas dikira telah memenuhi peraturan perniagaan (business judgment rule) dan akan membolehkan mahkamah melepaskan pengarah jika disaman oleh pemegang saham.

Tanggungjawab fidusiari boleh diturunkan (delegate) tetapi tidak boleh dilepaskan (abdicate).

Tanggungjawab Statutori

Aktiviti berikut merupakan tanggungjawab statutori ALP :

  • Menyimpan rekod perakaunan yang sempurna (Seksyen 167 Akta Syarikat 1965)
  • Melantik setiausaha syarikat yang berkelayakan (Seksyen 139 Akta Syarikat 1965)
  • Melantik juruaudit yang bertauliah dan profesional (Seksyen 172 Akta Syarikat 1965)
  • Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan setiap tahun (Seksyen 143 Akta Syarikat 1965)
  • Membentangkan akaun, kunci kira-kira yang telah diaudit didalam Mesyuarat Agung Tahunan (Seksyen 169 Akta Syarikat 1965)
  • Menyerahkan penyata tahunan tauapun annual return kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Seksyen 166 Akta Syarikat 1965)

Kesimpulan

Pengarah merupakan individu dan pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir syarikat. Bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang pegarah, seseorang individu mesti mempunyai kelayakan dan kredibiliti tertentu. Jika berlaku pertindihan kepentingan, pengarah perlu bertanggungjawab untuk menzahirkan kepentingan beliau. Kegagalan penzahiran ini boleh dikira sebagai kemungkiran tanggungjawab fidusiari sebagai seorang pengarah.

Dalam menjalankan kajian saham, ALP sangat penting dalam mengenal pasti potensi harga sesuatu saham. Maklumat ini boleh diperolehi melalui annual report syarikat. Anda juga  mungkin berminat untuk mengetahui Cara Mengkaji Annual Report. 

Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai saham dari topik asas hingga ke advance dan anda ingin belajar secara mudah dari rumah dengan menonton video serta bantuan online dari team Mahersaham, kami sarankan untuk anda sertai komuniti Mahersaham.

Rujukan: Nik HasyudeenSifu Niaga

Similar Posts