Aplikasi Bursa Anywhere
| |

Transfer Share Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Transfer share ke akaun CDS yang lain melalui Bursa Anywhere

Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut;

Buka akaun cds dengan beberapa broker dan mempunyai pegangan saham dalam setiap akaun cds yang dibuka.

Anda membuat keputusan untuk memindahkan pegangan saham yang berada dalam akaun Maybank kepada akaun mplus.

Sebelum itu, pernahkah anda mendengar applikasi terbaru dari Bursa Malaysia iaitu Bursa Anywhere?

Ya, aplikasi Bursa Anywhere ini memudahkan anda untuk transfer share dari satu akaun ke akaun yang lain.

Benar, kini anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang kerana semuanya boleh dibuat secara online.

Cara untuk transfer share

Jika anda mempunyai pegangan saham dan ingin memindahkannya, berikut merupakan cara untuk memindahkan saham.

Pemindahan ini boleh digunakan melalui aplikasi Bursa Anywhere!

 PERTAMA: Download Aplikasi Bursa Anywhere di App Store atau Play Store

Transfer share

KEDUA: Klik pada ‘Transfer of Securities”

Transfer share

KETIGA: Klik pada agree

Transfer share

KEEMPAT: Pilih akaun CDS mana yang mahu dipindahkan kepada akaun lain

Transfer share

KELIMA: Masukkan jumlah unit saham yang ingin dipindahkan

Transfer share

KEENAM: Pilih ke akaun CDS yang hendak dipindahkan saham yang dipilih

KETUJUH: Tekan ‘CONFIRM’ bagi mengesahkan transaksi pemindahan unit saham

Setiap jenis saham yang dipindahkan mempunyai transaksi cas sebanyak rm10.

Contohnya jika anda memindahkan saham Inari, FGV dan Top Glove , akan dikenakan cas sebanyak rm30.

KELAPAN: Permohonan untuk pemindahan unit saham telah berjaya dihantar dan akan menerima emel untuk pengesahan.

KESEMBILAN: Selepas permohonan untuk memindahkan unit saham berjaya, anda akan menerima notifikasi menerusi emel.

Maka selesailah proses untuk memindahkan saham anda kepada akaun cds yang lain.

Mengapa mahu transfer saham?

Semuanya bergantung kepada objektif pelaburan dan kesesuaian pelabur dalam menguruskan akaun cds yang memiliki lebih dari satu.

Mungkin anda mahu menguruskan portfolio pelaburan anda dengan lebih tersusun.

Ini memudahkan anda untuk monitor kesemua pelaburan dalam satu akaun.

Mungkin juga anda mahu mengasingkan pelaburan mengikut objektif.

Contohnya, saham untuk jangka masa pendek dalam satu akaun, manakala untuk saham jangka panjang anda letakkan dalam  satu akaun.

Kesimpulan

Anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang untuk memindahkan saham ke akaun cds yang lain.

Semuanya boleh dibuat pada hujung jari sahaja iaitu secara online.

Aplikasi Bursa Anywhere juga memudahkan anda untuk mengemaskini maklumat akaun cds.

Jika anda masih belum mempunyai akaun cds bersama broker Malacca Securities atau dikenali sebagai Mplus, ayuh buka bersama kami di Mahersaham.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

 

Similar Posts