Tradingview Shariah Indicator

Tradingview Shariah Indicator adalah tools yang sangat penting bagi seorang pelabur muslim, tak kiralah sama ada di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa.

Pelaburan saham merupakan pilihan pelaburan popular di kalangan pelabur. Bagaimanapun, bagi pelabur Islam, mencari saham yang patuh Syariah boleh menjadi cabaran. Syariah melarang pelaburan dalam syarikat yang terlibat dalam aktiviti seperti perjudian, arak, dan aktiviti haram lain.

Ramai orang yang ada gunakan Tradingview sebagai charting platform mereka. Dah alang-alang gunakan tradingview, bukankah bagus sekiranya di Tradingview sendiri kita dapat melihat saham mana yang patuh syariah?

Tradingview Shariah Indicator Extension

Ini adalah salah satu extension yang ada dibangunkan oleh seorang Malaysian developer bernama Azriz Haziq.

Inovasi beliau sepatutnya dipuji kerana menghasilkan extension yang sangat membantu orang islam melabur, bukan sahaja di Bursa Malaysia tetapi juga di pasaran global.

Dia siap berikan nasihat di website beliau :

Cara Install Extension

1. Pergi ke https://tsi.azrizhaziq.com/

2. Tekan simbol browser yang anda gunakan, extension ini boleh didapati untuk browser Edge, Chrome, Firefox dan Brave.

3. Sudah install, maka anda boleh lawati mana-mana page berkaitan seperti Symbol Page, Chart Page dan Screener Page

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Indikator Syariah Tradingview adalah alat yang sangat baik untuk pelabur Islam yang ingin melabur dalam pasaran saham dengan mematuhi undang-undang Syariah. Alat ini memberikan cara yang mudah dan cekap untuk menyaring saham yang tidak mematuhi Syariah, dengan membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan undang-undang Syariah.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Similar Posts