TradingView Cara Masuk & Buang Indicator

Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga kalian sentiasa sihat dan baik-baik sahaja. Kalau sebelum ni saya dah share artikel berkaitan Gann Tools. Kali ni saya akan share pula cara masuk dan buang indicator dalam tradingview.

Tuan-tuan dan puan-puan..banyak sebenarnya perkara yang anda boleh belajar dalam tradingview. Jom sama-sama kita belajar.

Mungkin ada dalam kalangan korang yang masih belum tahu macam mana nak masukkan sesuatu indicator dan kemudian macam mana nak buang(delete) pula

Senang sajaaa…Pertama sekali anda perlu buka tradingview.

Cara Masuk Indicator

Masuk buang
Trading View

Berdasarkan gambar di atas, kita akan belajar macam mana nk masuk dan buang penunjuk.

First, klik bahagian penunjuk seperti yang anak panah tunjukkan dalam gambar di atas.

Kemudian ia akan keluar banyak jenis indicator. Anda hanya perlu pilih saja indicator mana yang anda nak gunakan mengikut analisis anda.

Itu adalah cara nak masukkan indicator.

Seterusnya kita akan belajar macam mana pulak nak buang atau delete indicator yang telah di masukkan.

Cara Buang Indicator

Buang Masuk
Trading View

Berdasarkan gambar di atas, saya dah pilih indicator Moving Average. Macam yang korang dapat lihat ia mempunyai simbol MA 9 close.

Untuk buang indicator tersebut korang hanya perlu tekan simbol X (keluarkan) seperti dalam gambar di atas.

Buang Masuk
Trading View

Untuk contoh seterusnya, saya pilih MACD indicator seperti dalam gambar di atas, anda boleh lihat dalam kotak merah tersebut.

Berbeza sikit cara nak buang indicator ni dari yang tadi. Jika tadi simbol X di atas tapi kini simbol X tersebut berada di sebelah kanan anda seperti dalam gambar di atas.

Haaa..macam mana? faham tak tajuk pembelajaran kita kali ni. Moga tajuk cara masuk dan buang indicator nie memberi manfaat untuk anda semua dalam membuat analisis saham.

Kesimpulan

Kesimpulannya dalam membuat analisis saham anda perlulah mempunyai ilmu yang tepat untuk membuat analisis dengan betul agar anda tidak tersalah langkah.

Terdapat banyak lagi ilmu saham yang anda perlu ketahui untuk memudahkan anda membuat kajian.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts