TradingView- Cara Guna Penyaring Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai korang..macam biasa Mahersaham akan selalu publish artikel pembelajaran untuk anda semua. Untuk artikel kali ni kita akan belajar cara menggunakan penyaring saham di tradingview.

Kita masih belajar menggunakan tradingview..kerana banyak yang boleh anda belajar dan gunakan dalam tradingview tersebut.

Jika sebelum ni saya dah publish artikel berkaitan tools dalam tradingview jadi hari ni saya akan kongsi cara guna penyaring saham.

Jom kita belajar..sediakan buku nota untuk catat perkara yang penting.

Penyaring Saham
Tradingview

Step 1: Anda perlu klik tulisan penyaring saham di sebelah kiri anda pada bahagian bawah seperti dalam gambar yang telah diberikan.

Lepastu anda pergi ke bahagian penapis atau filter seperti yang saya tunjukkan dalam gambar di atas.

Penyaring Saham
Tradingview

Kemudian skrin anda akan muncul seperti gambar di atas. Seterusnya pilih corak pada penapis carian

Penyaring Saham
Tradingview

Selepas pilih corak ia akan keluar beberapa jenis chart seperti dalam gambar di atas. Anda boleh klik pada ruangan any dan pilih jenis chart mana yang anda nak gunakan.

Sebagai contoh di situ ada bearish harami, bullish engulfing, doji dan lain-lain lagi.

Penyaring Saham
Trading View

Okey kita ambil contoh bullish engulfing seperti gambar di atas. Ia kemudiannya akan keluar nama-nama kaunter yang ada bullish engulfing.

Maksudnya penyaring saham atau screener ni memudahkan anda untuk shortkan kaunter daripada seribu lebih kaunter kepada hanya beberapa kaunter mengikut kriteria yang anda nak.

Selalunya anda akan dapat jumpa pattern candlestick yang anda nak kaji tu dalam pukul 5 petang. Kerana ia dah cukup sifat masa open high low close.

Penyaring saham ini juga anda boleh gunakan dalam kajian saham anda.

Selain itu, anda boleh mencari kaunter menggunakan pattern candlestick.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts