|

TradingView- Cara Guna Gann Tools

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga kalian sihat sentiasa. In shaa Allah hari ni saya akan share artikel berkaitan cara menggunakan Gann Tools di Tradingview.

Kalau minggu lepas Mahersaham ada share artikel yang berkaitan belajar cara menggunakan Fibonacci kali ni anda akan belajar bagaimana cara menggunakan table Gan Tools pula.

Anda juga boleh menggunakan table Gann dekat Mahersaham App.

Buka Mahersaham App. Pergi kepada Trading Tools dan cari Gann Support and Resistance

Berikut gambar di bawah adalah table untuk Gann Tools

Gan Tools
Mahersaham App

Pengasas bagi Gann ini menggunakan ilmu geometri dan matematik untuk tentukan bagaimana nak cari support dan resistance untuk harga dan masa.

Konsep dia adalah sama dengan Fibonacci di mana ia memiliki nombor-nombor unik yang ia dapat daripada derivation (ilmu matematik)

Jadi Gann ini akan jadi sesuatu yang significant dari segi harga dan masa dan ia juga boleh bertindak sebagai support dan resistance.

Dalam tradingview terdapat beberapa gan iaitu Gan Fan, Gan Box dan Gan Square. Features dia adalah sama iaitu nak mencari support dan resistance.

1. Gann Fan

Okey jom kita lihat untuk Gann yang pertama iaitu Gann Fan. Macam biasa..menggunakan gann fan ni kita perlu cari low dan high.

Gann Fan ini berfungsi untuk mencari support dan resistance. Kita boleh point pada low dan high

Gann Tools
Trading View

Berdasarkan gambar di atas, anda boleh lihat dalam bulatan merah yang saya telah tandakan sebagai point untuk low dan high.

Kita akan dapat satu garisan dengan menggunakan Gann Fan. Selain itu kita juga dapat garisan untuk 8/1, 4/1, 3/1, dan 2/1.

Garisan-garisan ini akan menjadi potential untuk support dan resistance.

Sebagai contoh, berdasarkan gambar di atas kita dapat lihat pada garisan 2/1 ada resistance yang memantul dan kemudian ia pecah ke bawah menjadi support dan kemudian ia naik semula.

Gambar di atas adalah graf untuk uptrend. Jom kita tengok untuk downtrend pula. Gambar di bawah adalah downtrend dengan menggunakan tools Gann Fan.

Trading View

2. Gann Box

Okey yang ke-2 pula adalah kita nak belajar menggunakan Gann Box.

Konsep yang sama juga dengan Gann Fan, kita mesti ada point low dan high.

Gann Tools
Trading View

Berdasarkan gambar di atas, saya dah pointkan pada titik low dan high. Untuk titik high kita boleh letak dekat 0.5 atau 0.382

Maksudnya, untuk completekan satu kitaran kita ada low dan high dan kemudian pergi ke low balik.

Jadi untuk uptrend di atas kita boleh nampak daripada 0 dia pergi ke 0.5. Untuk completekan kitaran dia akan membuat correction.

Kita juga boleh menggunakan Gann Box ini untuk predict masa dan harga.

3. Gann Square

Kita juga boleh menggunakan Gann Square. Apa beza Gann Box dan Gann Square nie?

Untuk Gann Box dia ada banyak-banyak kotak yang menyambungkan kotak-kotak.

Fungsinya sama je tak lain tak bukan adalah untuk mencari support dan juga resistance dan kitaran wave itu sendiri.

Trading View

Berdasarkan gambar di atas dalam kotak merah itu adalah low dan high. Menggunakan Gann Square kita perlu adjust untuk dapatkan best fit

Untuk bulatan-bulatan tersebut kita boleh tengok dekat mana dia akan naik dan turun ikut pattern bulatan tersebut.

4. Square Fixed

Okey untuk yang terakhir ini adalah Gann Square Fixed.

Untuk Square Fixed nie dia akan statik pada satu-satu tempat. Kita cuma perlu tarik dari titik low ke titik high.

Ia akan lukiskan untuk kita di mana potential support dan resistance berdasarkan gann box calculation dan ilmu geometri yang ada.

Trading View

Kesimpulan

Kesimpulannya hari ni kita dah belajar 4 jenis Gann Tools. Anda boleh menggunakan Gann tersebut untuk mencari support dan resistance.

Namun.. tak semua tools yang anda perlu gunakan. Sebaiknya gunalah tools yang bersesuaian dengan kajian anda agar tradingview anda nampak kemas dan teratur.

Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda semua.

Jom lihat video di bawah untuk anda faham dengan lebih jelas lagi

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts