Trading Plan 3 perkara

Trading Plan 3 Perkara Wajib Faham

Trading Plan Itu Apa?

Trading Plan merupakan plan target anda wajib ada sebelum mula membeli apa-apa saham sekalipun.

Jika melabur tanpa Trading plan ini ibaratnya melebur sahaja, tiada hala tuju dan tiada tujuan.

Trading Plan (Target)

Sebagai contoh, sebelum melabur saham anda mesti dah kena tahu:

  1. Berapa untung anda nak capai?
  2. Berapa modal anda nak melabur dalam saham?
  3. Apa KPI melabur saham? Contoh nak gandakan dari modal RM3k kepada RM5K atau lain-lain.

Anda perlu ingat dalam saham bukan seperti institusi pelaburan lain yang ada Pengurus Dana untuk uruskan capital anda.

Dalam saham anda sendiri perlu monitor dan tentukan sebarang keputusan beli dan jual saham di Bursa Malaysia.

Sebab itu, anda wajib tahu 3 Perkara ini dalam Trading Plan.

3 Perkara Dalam Trading Plan

Trading Plan terbahagi kepada 3 iaitu:

  1. Entry Price, EP: Harga untuk masuk (beli) saham
  2. Take Profit, TP: Target harga saham untuk jual, dapatkan profit apabila harga menaik
  3. Cut Loss, CL: Harga untuk stop loss, kurangkan kerugian jika harga menurun
Trading Plan 3 perkara

Trading Plan ini nampak mudah je, tapi kalau trade tanpa trading plan kelak anda menempah mautlah. Sebab apa?

Sebab anda perlu ambil kira Berapa Untung dan Rugi yang anda sanggup tanggung berdasarkan kiraan modal dan bilangan unit yang anda masuk.

Sebagai contoh, anda ada modal RM2K dan bercadang untuk beli saham Y sebanyak 5000 unit.

Kemudian anda kira berapa Bid untuk TP dan CL. Adakah target tersebut anda rasa berbaloi?

Jika berbaloi anda boleh teruskan dengan Trading Plan tersebut. Jika tidak sila cari dan kaji kaunter lain.

Anda Faham?

Maksudnya, sebelum nak masuk (beli) mana-mana saham lagi anda dah kena tahu apa target dan sasaran anda beli saham tersebut.

Dan jika tidak berjaya berapa sasaran untuk cut loss bagi kurangkan risiko kerugian.

Menentukan harga untuk TP, EP dan juga CL sepatutnya berdasarkan support dan resistance, tapi dalam strategi teknikal yang ke arah ‘trend following’, harga untuk TP dan CL akan berubah secara dinamik mengikut situasi semasa.

Nak buat satu trading plan yang padu juga memerlukan kepada konsep kawalan risiko yang baik, satu istilah yang kita panggil Risk Reward Ratio.

Untuk melihat artikel-artikel dalam analisis teknikal secara komprehensif, pergi ke artikel Teknikal Analisis.

Kesimpulan

Jadi lepas ini anda perlu fikirkan Trading Plan target anda untuk 3 perkara ini.

Untuk membantu cara tengok chart anda boleh rujuk beberapa Teknikal Analisis. Antaranya Support Resistance, MACD, Stochastic RSI dan banyak lagi.

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham sekarang.

Similar Posts