|

Trader Bila Untung Besar Akan Hilang Akal

Hari ini saya pergi berjumpa dengan seorang financial planner dan kemudiannya seorang remisier. Kisah financial planner saya akan ceritakan esok insyaallah.

Dalam gambar adalah saya dan remisier Anas Faris Isaham. Kami sama-sama remisier Mplus di bawah cawangan wangsa Maju. Saya yang ajak dia join Mplus, tak dapat apa-apa overrding pun – hanya sebab nak ada kawan yang sama-sama jadi remisier.

Memang sekali sekala kita akan adakan perjumpaan macam ini untuk berkongsi ilmu dan pendapat. Kita nak cuba berikan yang terbaik untuk client, perlu tambah baik ilmu – apa teknik yang bagus, keadaan semasa market dan apa perkembangan terbaru dalam industri.

Remisier Mplus Wangsa Maju memang semuanya macam ni, jadi kalau korang punya remisier Mplus dari branch Wangsa maju, tak perlu pun minta tukar remisier, cuba tanya balik remisier tu, mesti mereka boleh support mana yang perlu.

Dalam masa yang sama, si Anas ni adalah seorang Melayu elit. Saya memang nak jumpa dia untuk timba ilmu pengetahuan untuk jadi Melayu elit.

Antara yang saya dapat adalah:

– dia ada kereta XXX dan tinggal di XXX

– dia tak heran atau peduli kalau orang lain ‘flex’ atau tunjuk kemewahan di media sosial

– menghasilkan peluang pekerjaan atau menggajikan ramai orang

– power programming supaya benda yang berulang-ulang boleh diskripkan dan diguna berulang-kali menghasilkan ‘compounding effect’ atau ‘networking effect’

– bila ditanya ada kenal siapa-siapa owner kedai ke ofis ke yang ada sekitar sini, dia kata kenal la founder ARBA dan owner Celsius Coffee kat situ walaupun mungkin tak rapat sangat

Saya tak pasti la yang ni sifat Melayu elit atau sifat dia sahaja iaitu dia suka membahan saya yang kurang level daripada dia. Sengaja ajak makan di IOI Conezion sebab katanya supaya saya dapat mengimbau kenangan pernah ada ofis di Conezion.

Ofis Conezion dulu saya pernah ada sewa, daripada kosong kita ‘renovate’ dan makan belanja hampir Rm200k. Kononnya saya nak setup satu situ supaya senang nak dapat manpower sebab dekat area lembah Klang. Mana tahu boleh nak sama level dengan dia, tapi nampaknya jadi habuk sahaja.

Sebenarnya situasi ini berlaku untuk semua orang, lebih-lebih lagi remisier. Waktu PKP orang tak ada apa nak buat, gaji masih jalan, tambah moratorium lagi jadi semua pergi pam duit dalam pasaran saham. Remisier yang berminda pelaburan, alang-alang dapat untung lebih, gunakanlah untuk kembangkan bisnes dengan harapan dapat pulangan yang lebih.

Kata salah seorang guru saya, Abdul Basit – dia kata “Duit boleh jadikan orang bodoh. Buat tindakan yang bodoh”

Benda yang sama sebenarnya berlaku dalam dunia trading – biasanya newbie atau beginner mudah dapat untung waktu awal-awal. Kadang mereka untung besar. Jadi bila dah merasa untung besar, waktu mereka rugi, mereka tak dapat kawal diri untuk terus jual beli tanpa berfikir panjang sebab mereka yakin mereka akan untung lagi dan rasa rugi yang diperolehi itu tidak lah banyak.

Berbalik kepada cerita tadi, dia pun ada buat kesilapan juga dan kesilapan yang dilakukan pun lebih kurang sama sahaja, amount je berbeza.

Akhir sekali saya perlu menamatkan perbualan sebab dah janji dengan client nak beri perkongsian analisis IPO Farm Price hari ini, dalam LIVE setiap petang yang saya biasa buat dengan client.

Rupa-rupanya Anas pun perlu buat perkongsian juga – hanya bila saya beritahu saya kena buat sharing baru lah dia teringat… on the spot saya dapat tawaran untuk jadi staf dia untuk tolong ingatkan dia pasal event-event penting. Memang tak la nak terima, apa kejadah pulak saya yang nak kena buat kerja tu.

Untuk client, ini sekadar pemberitahuan – tadi saya tak tekan pula rakaman video di Youtube, tapi kesimpulan daripada kajian IPO tu saya dah berikan dalam group client di bawah subtopic IPO.

Untuk yang berminat untuk buka akaun CDS, belum jadi client saya, mungkin dah ada akaun CDS tapi dengan broker lain dan bukannya Mplus – maka boleh daftar di akauncds.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *