Trade Saham Secara Harian Atau Day Trading
Day Trading Sebagai Satu Jenis Pekerjaan
Day trading atau trade saham secara harian adalah salah satu stail ‘trading’ dalam pasaran saham.
Secara ringkasnya ‘trading’ dalam saham boleh dibahagikan kepada tiga :
- Short Term Trading : Intraday atau Contra
- Mid Term Trading
- Long Term, lebih sesuai dikaitkan dengan ‘investing’ atau pelaburan
Rata-rata ramai yang tertarik dengan saham sebenarnya adalah disebabkan potensi mencetak duit hari-hari dari pasaran saham Bursa Malaysia.
Mana tak tertarik, cuba tuan puan bayangkan, kalau sehari dah boleh untung paling kurang pun RM200, sebulan biasa ada 20 hari, lepas didarabkan kan dah dapat RM4000 ?
Kenapa susah-susah lagi nak kerja ‘full time’ atau ‘part time’ bila kita dengan mudahnya boleh jadi trader sepenuh masa (full time trader)? Betul tak?
Begitulah legenda yang berlegar-legar di sekeliling kita.
Betul atau pun tidak – itu saya akan cuba kupas secara mendalam dalam artikel kali ini.
Bolehkah Kita Jadi Full Time Trader Untuk Support Perbelanjaan Bulanan?
Sebelum saya menjawab persoalan itu, tuan puan kena jelas terlebih dahulu.
Setiap orang berbeza-beza perbelanjaan bulanan mereka, bergantung kepada perancangan kewangan masing-masing.
Ada orang perbelanjaan mereka bulanan mencecah RM10k sebulan. Ada yang cukup RM4000 sahaja.
Kalau perbelanjaan RM4000 sebulan, dan tuan puan boleh konsisten untung setiap hari RM200, maka dapatlah ‘cover’ perbelanjaan bulanan tersebut.
Kalau RM10k?
Cuba tuan bahagikan RM10k dengan 20hari.
RM500 sehari.
Persoalan seterusnya, bolehkah kita dapat RM500 sehari tu?
Rempit Adalah Antara Nama Lain Bagi Day Trader
Kenapa rempit? Ini hanya istilah-istilah yang digunapakai bagi memberi kesan ‘hype’ sahaja.
Namun, seperti seorang pelumba motor, day trading memerlukan kepantasan analisa dan ‘trade execution’ bagi membolehkan anda buat profit/keuntungan secara day trading dalam pasaran saham.
Nama lain yang digunapakai bagi seorang day trader juga adalah ‘scalper’.
Scalper bermaksud pengikis.
Fikirkan tentang mengikis sesuatu. Apabila anda mengikis, anda tidak memotong sebahagian besar benda yang anda kikis itu, cuma sedikit sahaja potongan yang dibuat.
Begitu juga dengan day trader.
Kami tak harapkan kenaikan harga saham yang banyak, cukuplah dengan beberapa bid sahaja.
Apa Itu Bid?
Harga saham yang diniagakan di Bursa Malaysia berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang 20sen, ada juga rm1.45.
Untuk transaksi berlaku, perlu ada persetujuan harga antara pembeli dengan penjual.
Pada harga berapa transaksi boleh berlaku – persetujuan tercapai?
Bursa Malaysia telah menetapkan harga sesuatu saham itu boleh diniagakan.
Untuk saham bawah 20sen, setiap beza harga, yang juga dikenali sebagai BID, adalah setengah sen atau RM0.005.
Kita lihat contoh KRONO.
Untuk saham atas Rm1 , seperti contoh MYEG, setiap BID adalah 1 sen.
Kita abaikan saham atas RM10 buat masa ini dahulu.
Bagaimana Gunakan Technical Analysis Untuk Intraday Trading
Technical Analysis adalah satu analisa saham yang banyak digunakan oleh para pedagang (traders) atau pun pelabur.
Hasil dari olahan idea dan pengalaman, maka pelbagai jenis indikator telah wujud dan digunapakai.
Technical analysis rata-ratanya digunakan untuk short sehingga mid term.
Antara kelebihan technical analysis adalah, anda masih boleh gunakannya tak kisah lah untuk short term, mid term atau pun long term.
Pengiraan yang terkandung dalam indikator-indikator Technical Analysis adalah sama untuk digunakan dalam timeframe yang berbeza.
Kesimpulan
Intraday trading merupakan salah satu cara atau ‘style’ seseorang berjual beli dalam pasaran saham. Untuk mahir dalam day trading memerlukan pengalaman yang tinggi dan juga tunjuk ajar mentor yang berpengetahuan.
Selain daripada itu juga, seorang trader perlu mengetahui teknik-teknik yang betul untuk day trading atau ‘trade’ secara short term.