|

Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Trading Adalah Perniagaan Cuma Dengan Modal Kecil

Ramai yang berfikir untuk ber’main’ saham, hasilnya mereka tidak serius dalam saham.
Artikel ini akan berusaha untuk mengubah pemikiran orang ramai dari ‘mindset’ main saham kepada berniaga saham atau melabur saham secara serius walaupun dengan modal kecil.

Jika anda sudah pernah melabur saham, ini bermakna anda sudah pun memiliki akaun CDS – iaitu akaun yang digunakan untuk proses jual beli saham.

Tetapi bagi yang masih belum ada akaun CDS, boleh daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Dan seperti perniagaan-perniagaan yang lain, setiap peniaga berhasrat untuk berjaya mengembangkan modal atau untung berkali-kali ganda daripada modal sedia ada.

Kos jual beli saham sudah kita kupas dalam artikel/video yang lepas.
Jika anda masih tidak tahu berkaitan kos-kos yang terlibat dalam jual beli saham, boleh Kos Jual Beli Saham Di Bursa Malaysia.

Adalah penting bagi setiap trader memahami kos-kos yang terlibat kerana kos adalah merupakan faktor terbesar sama ada anda mudah dapat untung ataupun tidak.
Lagi sedikit kos anda berbanding modal anda, lagi rendah risiko anda.

Susun Strategi Anda Terlebih Dahulu

modal kecil

1. Pemilihan jangka masa trading

Anda berminat untuk trading berapa kerap?
Anda selesa untuk ‘hold position’ berapa lama?

Bergantung kepada kebolehan individu, jangka masa trading tidak sama. Anda harus mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda sendiri.

Anda tak bekerja sepenuh masa, takkan lah nak intraday trading?
Hakikatnya ini juga adalah antara sebab kenapa ramai yang nak untung cepat namun tidak ramai yang mampu menguasai teknik jual beli saham secara intraday.

Jika anda tiada masa, anda mungkin lebih sesuai menjadi seorang pelabur, Antara pelabur saham yang terkenal adalah Peter Lynch dan juga Warren Buffett.

Kita akan kupas jangka masa trading atau investing dalam topik akan datang – bagaimana anda nak pilih jangka masa yang sesuai berdasarkan faktor-faktor seperti personaliti, masa, pengetahuan dan juga modal.

2. Pemilihan kaunter

Pemilihan kaunter adalah penting untuk trader. Bayangkan anda menjalankan suatu perniagaan, tapi anda tak tahu pun kekuatan produk anda, apa sifat-sifat atau tabiat produk anda. Perniagaan tersebut sudah pasti sukar mencapai kejayaan.

Setiap kaunter saham ada sifat dan tabiatnya.

Ada yang cepat naik lambat turun, ada yang naik sekali jatuh berkali-kali.
Ada yang menjadi minat ‘gambler’, ada yang diminati ‘chartist’ dan ada juga yang diminati oleh institusi-institusi kewangan yang besar-besar.

Memahami sifat dan tabiat kaunter memerlukan kepada pengetahuan. Pengetahuan inilah yang akan membantu kita membuat pemilihan kaunter.

Kaunter yang sesuai dengan modal kecil hakikatnya bergantung kepada jangka masa pelaburan anda.
Kaunter murah, anda boleh simpan dan peram, sebab susah nak jangka bila nak gerak. Ditakuti anda mudah sangkut di pucuk.

Kaunter sederhana mahal, pun anda boleh simpan dan peram jika trend dijangka boleh pergi jauh.
Kaunter sederhana yang sangat kuat momentum, ini boleh digunakan untuk modal kecil dan untung dengan pantas.
Teknik ini kebiasaannya adalah menggunakan teknik intraday.

3. Pemilihan sistem untuk screen dan analisa saham

Seperti seorang peniaga, anda perlukan sistem untuk menjalankan perniagaan anda.

Sistem untuk trading merangkumi ‘trading plan system’,  sistem untuk screen kaunter-kaunter berpotensi dan juga sistem untuk analisa saham dengan mudah.

Kepantasan sistem juga adalah satu perkara yang sangat penting. Ini antara sebab kenapa team Mahersaham selesa menggunakan dan ‘recommend’ Tradingview kepada trader dan juga investor di Bursa Malaysia.

Untuk tahu lebih lanjut ciri-ciri yang ada pada Tradingview, anda boleh lawati artikel-artikel berkaitan Tradingview dalam Topik Analisis Teknikal.

4. Berhenti berharap daripada buycall atau screener orang lain

Dalam Group Telegram untuk Client saya, saya ada juga bagi stock’s recommendation.
Walaupun berkali-kali terbukti saham tersebut naik, tak ramai yang follow.

Antara salah satu sebab adalah tidak yakin. Macam mana nak yakin kalau keputusan dan kajian bukan datang daripada kita sendiri?

Itu juga adalah antara satu sebab, apabila kami bagi recommendation, misalnya untuk intraday, kami sertakan chart yang lengkap supaya yang tahu hendak membaca chart boleh lihat sekali imbas dan yakin untuk beli.

5. Anda harus gagal

Maaf, kita tertinggal perkataan dahulu. Anda harus gagal dahulu sebelum anda dapat menjadi supertrader yang berpengalaman.

Anda mengharapkan trading saham dapat menampung perbelanjaan anda setiap bulan, dapat menggantikan kerja anda sedia ada.

Tanyakan kepada diri anda, kenapa anda mampu untuk bekerja dari pukul 9pagi hingga 5petang, mungkin juga lebih untuk mendapatkan gaji sebulan anda sekarang tapi bila masuk bab saham, masuk bab pelaburan yang lain, anda tak luangkan masa atau usaha sebanyak itu juga?

Tapi anda mengharapkan saham secara mudahnya dapat menjadi sumber pendapatan utama anda.

Anda harus rajin berusaha. Tidak mudah berputus asa.
Rata-rata yang terlibat dengan saham ketika ini adalah antara lingkungan 2oan ke 30-an, jika purata ‘lifespan’ adalah 70tahun, anda ada 40 ke 50tahun lagi untuk mahir dalam saham.

Di penghujung usia (insyaallah), diharapkan anda dapat membina legasi,empayar anda sendiri dan  wariskan ilmu ke anak cucu.

Selain daripada anda, ramai lagi traders di luar sana yang turut sama mengalami kerugian.
Itu pentingnya Group Support atau komuniti saham yang bagus.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang komuniti saham – PERCUMA, tak ada bayaran, saya ada cerita dalam artikel Apa Itu Saham.

Kesimpulan

Saya berharap cara-cara dan langkah-langkah di atas dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada anda tentang apa yang diperlukan untuk trade saham guna modal kecil.

Strategi dan teknik, modal kecil dan sebagainya akan dikupas dalam topik-topik lain seperti jangka masa pelaburan, strategi untuk intraday.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS sekarang bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.