Top Glove membeli saham RM69.93 juta
Top Glove Corp Bhd telah membeli saham bernilai RM69.93 juta dalam pelaksanaan share buyback
Top Glove isu semasa pada 17 Nov telah melakukan share buyback terbarunya pada bulan ini menandakan ia telah membuat trading day kelima berturut-turut dalam melakukan share buyback.
Artikel kali ini saya akan share dengan korang mengenai syarikat pengeluaran sarung tangan iaitu Top Glove. Top Glove merupakan syarikat yang pernah menduduki tempat ke tiga dalam Bursa Malaysia.
Okey, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, jom kita kenal dulu dengan syarikat ini.

Syarikat Top Glove merupakan syarikat yang membuat dan menghasilkan sarung tangan getah. Syarikat ini termasuk dalam sektor health care. Macam yang korang tahu, selain syarikat Top Glove, terdapat syarikat lain juga yang menghasilkan sarung tangan. Antaranya ialah Hartalega.
Untuk pengetahuan korang, semenjak pandemik COVID-19 menyerang dunia pada awal tahun 2020 produk dan pembuatan sarung tangan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dalam Malaysia dan global. Banyak sektor dan industri memerlukan sarung tangan ini.
Akibat daripada pandemik ini, terdapat ramai pelabur yang telah mengambil peluang ini untuk melabur dalam sektor yang terlibat.
Selain itu, terdapat beberapa kaunter dalam Bursa Malaysia yang terlibat dalam sektor health care dan pembuatan sarung tangan ini telah meningkat naik sahamnya.
Definisi Share Buyback
Apa maksud share buyback? Korang ada yang tahu apa maksud share buyback ini? Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Okey jom kita tengok dulu apa maksudnya.
Share buyback ini juga dikenali sebagai Share Repurchase.
Secara ringkasnya, ia bermaksud syarikat yang tersenarai di pasaran saham membeli semula saham yang diapungkan. Biasanya pihak pengurusan berasa bahawa saham syarikatnya adalah di bawah nilai.
Top Glove- Share Buyback
Untuk pengetahuan korang, Top Glove telah membelanjakan RM349.37 juta setakat ini iaitu bulan ini. Di mana jumlah ini adalah yang lebih besar daripada keuntungan bersihnya sebanyak RM227.11 juta untuk enam bulan pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos 2020 (1HFY20).
Jumlah ini melebihi RM355 juta yang diperuntukkan pada bulan September untuk pembelian balik saham.
Secara keseluruhan, ia telah membelanjakan RM704.43 juta untuk membeli balik sahamnya sejak September, yang bermaksud tunai per saham kira-kira 8.7 sen sesaham, sekiranya ia menggunakan jumlah tersebut untuk pembayaran dividen berdasarkan modal sahamnya sebanyak 8.12 bilion saham.
Faktor Top Glove nak beli balik saham
Terdapat beberapa faktor kenapa Top Glove ingin beli balik saham. Korang agak-agak kenapa ya Top Glove buat share buyback ni?
Okey. Antara faktornya ialah:
1. Untuk meningkatkan lagi EPS (erning per share)
Kemungkinan Top Glove membeli balik saham adalah kerana ingin meningkatkan EPS nya. EPS ini dimana pendapatan syarikat dibahagi dengan jumlah saham yang sedia ada.
Untuk makluman korang, apabila Top Glove membeli balik saham mereka sendiri, jumlah saham dekat public akan berkurangan atau sedikit.
Maka, pendapatan/untung syarikat dibahagi dengan jumlah saham yang lebih rendah. Hal ini sedikit sebanyak akan meningkatkan EPS mereka.
2. Top Glove tak tahu nak buat apa dengan hasil keuntungan/duit lebihan
Dengan cara share buyback ini, akan memberikan kembali value kepada shareholder
Vaksin COVID-19
Untuk pengetahuan korang, saham Top Glove melonjak naik sejak wabak pandemik COVID-19 dan permintaan terhadap sarung tangan juga meningkat. Namun, baru-baru ini khabar kemungkinan penemuan vaksin COVID-19 sedikit sebanyak telah menyebabkan penurunan saham Top Glove.
Perkara ini juga memberi kesan kepada syarikat pembuatan sarung tangan yang lain seperti Hartalega.
Berita terkini di The News Edge, saham Top Glove merosot sebanyak 7.46% atau 58 sen dan ditutup pada RM7.20 hari ini. Menjadikan kedudukannya keempat teratas di bursa saham tempatan, setelah 79.76 juta saham diniagakan.
Syarikat ini kini mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM59.01 bilion. Walau bagaimanapun, dari tahun ke tahun stok masih meningkat sebanyak 359% dari semasa ia diperdagangkan pada harga RM1.57.
Perkara yang perlu diambil perhatian.
Terdapat beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu mengenai share buyback ini.
Share buyback nie sangat bagus dibuat bila harga saham berada pada paras yang rendah. Kerana, bila harga saham itu berada pada paras harga yang tinggi, takut jika kita beli harga saham pada harga yang lebih tinggi dan apabila harga saham dah 3 bulan jatuh maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik.
Tambahan pula, duit beli saham adalah daripada duit syarikat itu sendiri. Jadi, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kewangan syarikat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pro dan cons apabila sesebuah syarikat membuat keputusan untuk share buyback.
Hingga kini, syarikat Top Glove mendedahkan bahawa ia telah membeli lot saham sebanyak 9.57 juta saham antara RM7.20 hingga RM7.51.
Saham perbendaharaan terkumpul bersih pula sehingga kini berjumlah 95.25 juta saham, yang bersamaan dengan pegangan 1.14%.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.