|

Tools TradingView- Corak, Alamat Ramalan & Ukuran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.

Korang apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.

Korang dah baca artikel mengenai tools tradingview part 1 mengenai alat fibonacci dan part 2 mengenai bentuk geometri dan alat anotasi?

Hari ini saya akan terangkan part 3 dalam tradingview iaitu mengenai corak (patterns) ,alamat ramalan (long position) dan ukuran (measure).

Jom kita buka tradingview.

Korang layari my.tradingview.com dan klik chart.

TradingView Tool- Corak (Patterns)

Selepas itu korang klik icon dalam kotak merah seperti di bawah.

tradingview tool

Kita akan terus fokus kepada cara guna corak Elliott Impulsee Wave (12345).

Cara untuk gunakan corak ini mudah sahaja.

Setelah anda klik butang corak Elliott Impulsee Wave (12345).

Korang kena cari low kemudian klik sekali dan akan keluar tanda 0 (sifar).

Kemudiaan cari wave high dan klik akan keluar nombor 1.

Seterusnya klik pada low setelah high akan keluar nombot 2.

Seterusnya klik sehingga nombor 5.

Nak klik bahagian mana?

Korang rujuk gambar rajah di bawah.

tradingview tool

Ada syarat-syarat tertentu nak label pada point tertentu.

Apa syaratnya?

Antara syarat penting adalah point 3 kena lebih tinggi daripada point 1 dan

point 4 kena di atas point 1 dan point 2.

Hahhhhh macam tu lah cara guna corak Elliott Impulsee Wave (12345).

TradingView Tool- Alamat Ramalan (Prediction & Measurement Tools)

Seterusnya kita pergi kepada alamat ramalan. Korang hanya perlu klik pada ikon dalam kotak berwarna merah seperti di bawah.

tradingview tool

Pergi kepada kedudukan panjang (long position).

Ia merupakan tool yang kita gunakan untuk membuat risk reward ratio.

Risk reward ratio adalah nisbah risiko yang kita sanggup ambil untuk mendapat nilai reward yang kita hendak.

Pentingkah risk reward ratio ni?

Tanpa risk reward ratio akan menyebabkan trading plan kita tidak terkawal.

Ia sebenarnya agak bahaya.

Boleh jadi trading plan kita tidak berjalan seperti apa yang kita rancangkan.

Kembali kepada tool kedudukan panjang.

Sebelum korang klik tool tersebut, korang kena buka dahulu kaunter yang korang nak analisa kemudian tandakan support dan resistance.

tradingview tool

Kemudian barulah korang klik kedudukan panjang.

Nak klik kat mana?

Klik pada harga semasa.

Korang boleh adjust risk reward ratio mengikut support dan resistance yang korang dah tanda tadi.

Target price (TP) berada 1 bid di bawah resistance dan cut loss (CL) 1 bid di bawah support.

Berdasarkan case study di atas, risk reward ratio adalah sebanyak 6.05.

Ia adalah ratio yang baik, di mana paling kurang rewards kita adalah 1.5 lagi besar daripada risk kita.

TradingView Tool- Ukuran (Measure)

Korang klik pada ikon dalam kotak merah seperti di bawah.

Kegunaannya untuk kita kenalpasti kenaikan atau penurunan sesuatu kaunter.

Apa yang korang kena buat adalah korang klik pada satu point yang korang nak klik kemudian gerakkan mouse sehingga point yang korang nak.

Kemudian korang dapat lihat beberapa maklumat.

Contohnya seperti di bawah.

Data yang di select sebanyak 70 bars atau 70 candles ataupun selama 107 hari (termasuk hari cuti).

Kita juga boleh dapatkan data di mana berdasarkan chart di atas, kenaikan sebanyak 350.38% daripada 22 April 2020 sehingga 7 Ogos 2020.

Bagaimana pula contoh penurunan harga saham?

Berdasarkan carta, apa yang kita boleh dapat adalah daripada19 Oktober 2020 sehingga 4 Januari 2021, data yang di select adalah selama 77 hari atau pun sebanyak 52 bars.

Selama itu harga saham telah menurun sebanyak -43.41%.

Kesimpulan

Banyak corak, alamat ramalan & ukuran yang di sediakan dalam tradingview.

Korang boleh pilih mana-mana yang sesuai untuk diletakkan dalam carta yang sedang di kaji.

Macam biasa, korang tak perlu guna semua, guna ikut keselesaan jiwa janji korang faham apa yang korang buat.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.


Similar Posts