Tools Lines Trading View
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua…Moga anda semua dalam keadaan sihat dan baik.
Kalau sebelum ni saya ada bercerita mengenai cara daftar akaun tradingview kepada anda semua..kali ni saya akan menulis artikel berkaitan cara menggunakan tools di tradingview ini.
Haaa..kepada yang belum daftar untuk akaun tradingview boleh daftar dulu. Sila rujuk artikel sebelum ini yang bertajuk cara daftar akaun tradingview dan cara buat template.
Trendline Tools
Sebelum kita start, korang boleh lihat dulu di bahagian kiri di chart tradingview korang. Haa..di situ ada banyak jenis-jenis tools yang boleh digunakan untuk analisis kita.
Untuk artikel kali ni kita akan belajar cara menggunakan trendline tools.

Seperti yang korang dapat lihat gambar di atas, di dalam kotak merah itu ialah trendline dan terdapat 15 jenis kesemuanya. Jom kita belajar satu-satu cara penggunaannya.
1. Trend LineTools
Trendline ni lebih kurang macam support dan resistance tapi dia ada angle. Untuk melukiskan trendline ni ia perlukan minimum 2 point untuk kita sambung. Sama ada point low atau point high.
Kalau saham tu uptrend kita perlukan 2 point low untuk lukis trendline tetapi kalau saham tu downtrend kita perlukan 2 point high untuk lukis trendline.
Tetapi untuk kukuhkan sesuatu trendline yang kita lukis tu sebaiknya korang kena sentuh 3 point.

Berdasarkan gambar di atas, bulatan merah tu dia dah sentuh low point sebanyak 3 kali. Jadi trendline kita boleh dikatakan valid.
2. Info Line
Perbezaan trend line dengan info line adalah trend line kita nampak garisan sahaja. Manakala, untuk info line dia ada info untuk line tersebut.

Berdasarkan gambar di atas, bila kita dah touch satu point ke satu point dia akan keluar info berkaitan line tersebut.
Dalam info tersebut, dia akan tunjuk berapa percent kenaikan daripada starting point sampai ending point. Sebagai contoh dalam gambar di atas ialah 137.69%.
Selain itu, info line juga akan tunjuk berapa bar ataupun trading days jika korang menggunakan timeframe daily.
Info line juga ada bagi angle. Angle nie penting ye.. kerana dalam kita melukis trendline kita boleh lihat momentum harga saham tersebut.
Angle yang lagi curam menunjukkan momentum adalah sangat kuat bagi sesuatu trend. Momentum yang kuat juga menunjukkan risiko yang tinggi bagi sesuatu trendline.
3. Trend Angle
Okey..yang ketiga adalah trend angle. Sila lihat gambar di bawah, dalam kotak merah tersebut adalah angle bagi sesuatu trendline.

Kenapa pentingnya degree nie? Ini kerana kalau kita zoom in dan zoom out angle tersebut akan berubah. Jadi kalau kita dah lukis trendline angle kita dah boleh nampak berapa degree sesuatu trendline tersebut.
4. Anchored VWAP Tools
VWAP ini adalah satu paras harga yang mana volume paling banyak. Jadi ia berguna untuk kita nak tahu dekat harga-harga tersebut di mana volume yang paling besar.
Ia berfungsi untuk kita tahu volume yang besar tu pada harga yang mana

VWAP adalah seperti gambar di atas. Kita boleh click dekat harga mana yang kita nak dan kemudian ia akan membentuk satu line di antara harga-harga saham tersebut.
Konsepnya juga sama seperti support dan resistance.
5. Horizontal Line
Horizontal line digunakan untuk kita lukis support dan juga resistance.

Berdasarkan gambar di atas berlaku support dan resistance.
- 1- Support become resistance
- 2- Retest area yang sama selepas gagal pecah resistance
- 3- Harga terus jatuh selepas gagal pecah resistance
- 4- Breakout. Resistance become support
Untuk horizontal line nie bila kita zoom in atau zoom out ia akan tetap ada.
6. Horizontal Ray Trendlines
Untuk trendline horizontal ray pulak ia berfungsi sebagai satu garis di sebelah kanan sahaja.

Berdasarkan gambar di atas, kita boleh buat horizontal line untuk support dan resistance di sebelah kanan sahaja.
Ia juga menjadikan lukisan kita atau chart lebih kemas.
7. Vertical Line
Vertical line berfungsi untuk kita marking sesuatu perkara penting. Ia juga boleh jadi untuk kita buat kajian berkenaan dengan tarikh.
Sebagai contoh, pada 1 March keluar quarter report. Jadi kita boleh mark dan selepas keluarnya quarter report kita boleh buat kajian. Selain itu, kita juga boleh mark untuk tarikh ex-date.
Ini memudahkan untuk kita aware dengan perkara yang akan berlaku.

Kita juga boleh adjust untuk style, text, coordinates atau visibility sesuatu lines tersebut seperti dalam gambar di atas.
8. Cross Line
Okey sekarang kita pergi kepada trendlines yang ke-8 iaitu cross line. Cross line ni adalah gabungan antara vertical line dan horizontal line.
Jika anda klik di chart anda boleh nampak terus vertical dan horizontal line. Ia digunakan berdasarkan kajian yang anda nak lakukan.

Sama seperti vertical line, kita juga boleh adjust line tersebut dengan cara setup pada style, coordinates dan visibility.
9. Arrow Line

Arrow boleh digunakan seperti dalam gambar di atas. Kita boleh menggunakan ia untuk menunjukkan uptrend ataupun downtrend.
10. Ray Line
Haa..kita dah sampai ke trendline yang ke-10 dah nak habis nie tuan-tuan dan puan-puan. Teruskan fokus yaa.
Untuk ray line nie dia lebih kurang macam trendlines jugak sebenarnya. Cuma untuk trendline kita akan ambil 2 point. Tapi untuk ray line kita lukis je satu point dan second point tu dia akan ikut kita punya mouse.
Selain itu, dia punya line tu adalah infinite line yang bermaksud jika kita adjust tarik ke atas atau ke bawah line tersebut sentiasa ada.

11. Extended Line
Extended line ni juga lebih kurang sama seperti ray line cumanya dia mempunyai 2 arah bukan 1 arah.
Dia boleh menghala ke masa hadapan ataupun masa lampau. Ia bergantung juga kepada bagaimana kita hendak melukis chart kita nanti.

12. Parallel Channel Trendlines
Line yang ke-12 nie sama macam trenlines bezanya dia ada di bahagian atas dan bawah

Berdasarkan gambar di atas, channel berada di atas dan bawah dan akan bertindak sebagai resistance. Yang bawah akan menjadi support dan yang atas akan menjadi resistance.
Syarat untuk trendlines ia mestilah minimum 2 point dan yang mengukuhkannya adalah 3 point.
Selain itu, antara kegunaan lain channel ini ialah kita boleh gunakan ia untuk tentukan sama ada harga itu dah overboard atau oversold.
13. Tools Disjoint Channel
Untuk disjoint channel pula ialah channel yang angle dia berbeza. Ia lebih kurang seperti triangle

Bentuk disjoint channel adalah seperti dalam gambar di atas.
14. Flat Top/Bottom Trendlines
Trendlines yang ke-14 ialah flat top or bottom. Untuk yang ini kita boleh gunakan macam ascending atau descending triangle di mana kita boleh adjust angle tersebut.

Berdasarkan gambar di atas, flat top or bottom nie kita boleh adjust di setiap penjuru bentuk tersebut. Kita boleh adjust sama ada untuk ke bawah atau ke atas.
15. Regression Trend
Okey..kita dah sampai ke trendlines yang terakhir. Untuk trendlines yang terakhir ni sebenarnya dia ada rumus regression yang tersendiri (linear regression) untuk pengiraan setiap line.
Tetapi untuk trader kita tidak menggunakan rumus tersebut.
Untuk menggunakan regression line ni pastikan anda tidak menggunakan log scale

Berdasarkan gambar di atas, anda boleh plot dari harga low ke high untuk mencari support dan resistance.
Kesimpulan
Haaa..kesimpulannya, terlalu banyak jenis trendlines yang anda dah belajar hari nie dan anda boleh gunakan untuk kajian analisis anda.
Tetapi tidak semua jenis trendlines perlu digunakan dalam suatu-suatu masa tersebut. Anda boleh je memilih 2 atau 3 jenis trendlines untuk kajian anda agar chart tradingview anda tidak nampak serabut dan messy
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda semua.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.