urus kewangan

TIPS URUS KEWANGAN PART 3-URUS PERBELANJAAN

Artikel kali ini merupakan kesinambungan daripada Tips Kewangan Part 2. Jika belum baca boleh baca dulu.

Saya nak sambung tips urus kewangan part 3 ini cara Old School. Walaupun simple tetapi power.

Cara ini banyak digunakan zaman datuk, mak dan ayah kita dulu-dulu.

Walaupun simple tetapi tak ramai mampu buat dan mungkin ada yang kata tidak relevan dengan zaman sekarang.

Namun bagi saya cara ini masih relevan dan berguna untuk urus kewangan kita.

Senaraikan Perbelanjaan

urus kewangan

Langkah pertama sediakan satu kertas. Senaraikan segala perbelanjaan bulanan anda.

Dah senaraikan semua?  Okay pecahkannya kepada 5 bahagian.

5 Bahagian ini jadikan ia 5 sampul.

Pecahkan Kepada Bentuk Sampul

Sampul Pertama

Contoh bahagian pertama adalah untuk belanja makan dan minum. Tetapkan berapa jumlah sebulan untuk bahagian pertama ini. Nilai yang telah ditetapkan masukkan ke dalam sampul.

Katakan belanja makan dan minum sebulan RM500. Masukkan jumlah RM500 dalam sampul.

Setiap kali nak belanja makan, minum atau beli brg dapur semuanya mesti diambil dari sampul ini sahaja.

Ingat ia untuk sebulan. Kalau tak cukup anda perlu berpuasa hehe.

Ini bagi mengawal bajet anda dan mengelakkan boros.

Sampul Kedua

Kemudian sampul kedua pun sama. Contoh bahagian kedua perbelanjaan untuk utiliti seperti bil api, air , wifi dan telefon.

Katakan anda tetapkan jumlah RM300. Jadi segala bil ini mesti cukup dengan RM300 tersebut.

Kalau tak cukup sila kurangkan bil atau prepaid telefon anda.

Sampul Ketiga

Sampul ketiga pula contoh untuk bayar komitmen yang ada seperti rumah jika sudah beli rumah atau rumah sewa, kereta dan lain-lain.

Masukkan sejumlah nilai untuk komitmen ke dalam sampul. Jadi segala bayaran gunakan dari sampul ini sahaja.

Begitu juga dengan sampul keempat dan kelima.

Setiap kali anda nak buat apa sahaja perbelanjaan mestilah guna dari 5 sampul yang telah ditetapkan ini sahaja.

Sampul ini mesti digunakan dari awal bulan hingga akhir bulan.

Analisa Sampul

Apabila tiba hujung bulan sebelum masuk gaji baru apa anda perlu buat adalah Analisa setiap sampul tadi.

Semak mana sampul yang masih lebih dan yang telah kosong.

Contoh sampul 1 untuk belanja makan minum, pada akhir bulan ada lebih RM68.

Jadi apa perlu buat?

Jumlah RM68 masukkan ke dalam simpanan.

Untuk bulan berikutnya dari gaji itu anda tidak boleh lagi masukkan RM500 tetapi hanya masukkan RM432. Lagi RM68 nak buat apa?

Duit itu letak tepi, untuk cover jika ada apa-apa kecemasan pada bulan tersebut.

Mana tahu sampul ke-2 atau 3 atau yang lain perlu backup sebab berlaku masalah yang tidak diingini.

Tapi kalau boleh kita tak nak topup kat mana mana sampul.

Akhir bulan kalau RM68 tidak digunakan juga jadi ia akan jadi simpanan kita.

Kesimpulan

Insha Allah dengan cara ini anda mampu mengawal perbelanjaan setiap bulan dan dapat urus kewangan anda dengan baik, Insha Allah.

Nak belajar lebih banyak perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar dulu CDS bersama saya.

Masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat

Similar Posts