tips urus kewangan

TIPS URUS KEWANGAN PART 2 – 3K

Tips Urus Kewangan Ketika Berbelanja

Okay sebelum anda mula membaca artikel ini, pastikan anda sudah baca artikel Urus Kewangan Part 1 sebelum ini.

Untuk artikel kali ini adalah sambungan tips urus kewangan part 2.

“Kita selalu membeli sebab nafsu”.

Betul tak? Saya salah? Ok sekejap.

Pernah tak alami keadaan tengah beli barang di shopee. Selepas Check Out Order dan buat pembayaran sampai habis.

Tiba-tiba “alaaa kenapa beli ni”.

Pernah terjadi tak? Kadang-kadang kita terbeli kerana nafsu membuak-buak pada masa itu sampai hilang pertimbangan.

Fakta bukan auta 70% dari kajian di buat ramai orang membeli sesuatu barang tetapi tidak menggunakannya pun.

Tips dari saya apa sahaja anda nak beli pecahkan kepada 3K.

tips urus kewangan
Tips 3K – Keperluan, Kehendak & Kemewahan

Urus Kewangan Part 2: Tips 3K

1. Keperluan

Keperluan adalah perkara yang wajib. Memang sangat diperlukan dalam kehidupan.

Contohnya perbelanjaan bulanan seperti makan dan minum. Yelah kalau tak makan susah pula nak kerja untuk dapat tenaga.

Contoh keperluan lain adalah seperti tempat tinggal, ubat, pakaian dan Pendidikan.

Tetapi pakaian ini pula perlu tahu. Ada orang salah erti.

Pakaian cukuplah ianya nampak elok boleh dipakai pergi kerja atau keluar rumah kemana-mana. Bukannya pakaian yang mewah.

tips urus kewangan

2. Kehendak

Kehendak adalah perkara yang diingini tetapi jika tiada tidak menjejaskan apa-apa kepada kita.

Sebagai contoh Astro. Astro kalau tak langgan pun tak menjadi masalah. Masih boleh pakai televisyen biasa dulu.  

Contoh lain kereta. Zaman sekarang ramai anak muda buat silap.

Baru kerja 3-4 bulan, terus submit dokumen loan beli kereta mewah. Nak beli kereta tak salah, tapi sebaiknya biarlah tunggu gaji dah betul-betul stabil baru fikirkan untuk beli kereta tersebut.

Tahukah anak-anak muda diluar sana, tips pemilihan kereta juga memainkan peranan dimana ia akan berkait rapat dengan komitmen bulanan anda.

Cara pilih kereta yang betul adalah ‘harga sebuah kereta tersebut mestilah kurang dari jumlah gaji tahunan anda‘.

Maksudnya, kalau gaji anda setiap bulan katakan RM2,500. Gaji Tahunan anda pula adalah RM30K (2,500 x 12 bulan). Jadi harga kereta tersebut mestilah dalam anggaran RM30K dan kebawah sahaja.

Barulah kelak tak merana duit belanja tak cukup. Ini kalau bayar kereta sahaja dah separuh gaji, silap-silap hujung bulan nak makan pun pinjam orang. Itu kita elakkan ya!

Sebab itu, ini penting kerana ia melibatkan komitmen bulanan kita.

Bila gaji sudah naik dan stabil, sudah rasa senang sedikit baru boleh fikir untuk upgrade ke kereta yang lebih baik atau mewah.

Selagi baru bekerja pakai yang biasa pun tak ada masalah. Biarkan apa orang kata, yang tanggung bulanan bukannya mereka.

tips urus kewangan

3. Kemewahan

Kemewahan pula adalah impian atau angan-angan kita mahu capai dalam sesuatu jangka masa. Perkara ini mungkin kita buat sekali sekala.

Contoh angan-angan untuk pergi bercuti di Eropah. Kosnya tinggi. Mungkin kalau gaji RM2,500-RM3,000 masih bujang boleh kumpul dalam masa 4-5 bulan untuk bercuti.

Tapi ingat ini adalah kemewahan. Ada perkara penting lagi yang kita perlu buat.

Jadi tangguhkan dahulu perkara ini yang mana dipanggil sebagai “Delay Gratification”. Apabila perkara lain sudah hampir selesai baru fokuskan untuk capai impian ini.

Waktu itu, anda akan pergi bercuti dengan senang dan riang tanpa stress bila pulang bercuti. Mungkin waktu itu adalah financial freedom anda.

Ingat apa sahaja dalam kategori ‘Kehendak’ dan ‘Kemewahan’ tangguhkan dulu buat sementara.

Setkan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun lagi untuk capai apa yang diimpikan.

Letak depan meja kerja anda, dalam nota, Insha Allah anda akan selalu ingat.

Perbezaan Keperluan, Kehendak & Kemewahan

Macam mana nak bezakan keperluan, kehendak dan kemewahan?

Sekarang anda fikir sejenak. Buat senarai perkara anda perlu buat setiap bulan. Senaraikan semua.

Kemudian ibarat sedang bermain puzzle, pecahkan kepada 3K.

Ayuh mula sekarang. Jangan Tangguh! Orang Berjaya akan mulakan sekarang . Tiada Tapi tiada nanti.

Kesimpulan

Akhir sekali sebelum berbelanja apa-apa buat dulu pecahan 3K untuk mengelakkan diri daripada membeli barangan yang tidak sepatutnya.

Anda minat nak belajar banyak lagi perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar dulu CDS bersama saya.

Masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat.

Similar Posts