tips kewangan

TIPS KEWANGAN – CARA URUS KEWANGAN PART 1

Tips Kewangan

Sudah baca artikel sebelum ini tentang 5 Asas Kewangan untuk Individu. Antara yang telah dikongsikan dalam artikel tersebut adalah penting bagi seseorang individu menitikberatkan 5 perkara ini:

  1. Pendapatan
  2. Simpanan
  3. Perbelanjaan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan

Jadi artikel kali ini pula akan kongsikan tips kewangan yang kita boleh gunakan hanya dengan Smartphone sahaja.

Tips Kewangan Part 1: Catat Setiap Perbelanjaan

tips kewangan

Zaman nenek moyang dan mak ayah kita dulu cara mereka catat adalah menggunakan buku 555.

Siapa yang lahir tahun 90-an mesti pernah tengok kan? Saya sempat. Bagusnya orang tua kita. Setiap perkara mereka akan catat dalam buku tersebut.

Sampai hari ini masih ada yang suka guna cara old school ini. Tidak salah. Bagus. Kerana anda mencatat!

Namun begitu, zaman dah berubah. Kita banyak terdedah dengan teknologi.  Anak-anak muda lebih suka menggunakan teknologi dan gadget.

Ada yang mencatat dengan menggunakan Excel. Tetapi cara ini ianya terhad jika kita keluar ke mana-mana agak sukar untuk catat kerana perlu membuka laptop.

Walaupun begitu, ia bukanlah alasan untuk anda tidak mencatat.

Jadi jom saya kongsikan cara mudah untuk mencatat.

Pertama, anda buka Aplikasi telegram. Pergi ke bahagian 3 garis atas kiri skrin anda. Disitu cari New Channel. Kemudian create Channel. Setkan ia private kerana untuk anda sahaja lihat.

Apa sahaja anda lakukan anda boleh update dalam channel tersebut.

Mudahkan?

Jadi tiada lagi alasan “alaa lupa bawa pen lah”, “alaa kena buka laptop lah” dan sebaginya.

Uruskan Gaji

Hari pertama dapat gaji belajar uruskan dengan baik.

Dapat gaji sahaja jangan terus pergi bank cucuk kad dan keluarkan duit.

Pertama sekali, buka telegram anda dan pergi ke Channel yang telah di buat tadi. Kemudian update jumlah gaji yang masuk.

Ingat setiap duit yang masuk atau keluar mesti catat.

Contoh jika duit keluar boleh letak negative (-) di depan nilai RM tersebut sebagai tanda duit yang keluar.

Contoh: “Bayar rumah sewa -RM500”

Kalau ada duit masuk letak positif (+) bermaksud duit masuk.

Ini memudahkan anda untuk mengira di akhir bulan nanti. Ibarat seperti penutup akaun untuk bulan tersebut.

Belajar sesuatu?

Kenapa sangat penting lakukan catat ini?

Ia adalah supaya kita boleh adjust semula untuk bulan-bulan seterusnya apa yang terlebih dan apa yang terkurang serta mengelak kita menjadi boros yang boleh mendatangkan masalah kepada kewangan kita.

Kesimpulan

Jadi sekarang tak susah dah untuk kita mula membuat simpanan.

Segalanya dihujung jari dan boleh dibuat secara Online sahaja. Konsisten buat setiap bulan insyaAllah simpanan anda boleh berganda.

Orang tua-tua kata “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.

Korang berminat nak belajar banyak lagi perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar CDS bersama saya.

Masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat.

Similar Posts