Tips Untuk Menjadi Full-time Trader

Full-time Trader ialah seseorang yang menjadikan aktiviti trading saham sebagai sumber pendapatan utama. Mereka biasanya menghabiskan sebahagian besar masa untuk melakukan analisis pasaran, mengikuti perkembangan berita dan trading.

Mereka juga menggunakan pelbagai strategi dagangan untuk mendapat keuntungan daripada pasaran kewangan.

Nak jadi Full-time Trader ? Boleh, tiada masalah tetapi anda perlu konservatif kerana risiko pasaran saham agak tinggi berbanding intrumen pelaburan yang lain.

Seperti yang saya katakan tadi, punca utama sumber pendapatan anda melalui pasaran saham. Kalau nak selamat, nak berjaya sebagai Full-time Trader, modal yang diperlukan agak besar.

Cadangan Modal Untuk Menjadi Full-time Trader

Full-time Trader perlukan modal yang besar dan juga berdasarkan komitmen bulanan anda.

Sekiranya komitmen bulanan adalah RM10,000, maka anda perlu ada modal sebanyak RM100,000 di mana nilai itu adalah 10 kali ganda nilai komitmen kita.

Kenapa perlu 10 kali ganda? Kerana kita nak realistik, di mana jika kita hendak menjadi Full-time Trader, kita perlu target untuk mencapai keuntungan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan dalam pasaran saham.

Nilai keuntungan 10% setiap bulan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, ia adalah nilai yang achievable.

Sekiranya anda berjaya capai target maka bolehlah cover perbelanjaan dan ia menjadi sumber pendapatan anda sebagai Full-time Trader.

Buat Analisa

Apapun pilihan anda, pastikan anda sudah membuat analisis dari setiap segi.

Elakkan membuat keputusan terburu-buru, membabi buta tanpa nasihat daripada pakar dan tanpa ilmu yang sepatutnya.

Bagi anda yang buka akaun CDS dengan saya anda boleh join LIVE setiap petang bersama saya dan tanyakan kesesuaian untuk masuk ke dalam mana-mana kaunter.

Tips Untuk Menjadi Full-time Trader

Jika anda sedang berfikir untuk menjadi seorang Full-time Trader, anda mungkin tertanya-tanya adakah anda bersedia untuk mengambil langkah tersebut.

Walaupun terdapat banyak manfaat yang akan anda dapat dengan menjadi seorang Full-time Trader, terdapat juga risiko yang perlu dipertimbangkan.

Sebelum anda membuat keputusan untuk mula berdagang secara penuh masa, adalah penting untuk memahami halangan dan risiko yang akan anda hadapi.

Kebaikan menjadi Full-time Trader adalah bahawa anda boleh berdagang setiap hari dan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang datang dalam pergerakan harga saham

Namun, ia juga boleh menjadi sangat berisiko kerana anda mungkin mengalami kerugian besar jika anda tidak berhati-hati.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda memulakan perjalanan anda sebagai seorang Full-time Trader yang berjaya:

1. Tingkatkan Ilmu Saham Untuk Menjadi Full-time Trader

Sebelum anda memulakan trading secara fulltime, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pasaran saham. Anda boleh baca tentang saham di dalam ebook yang saya sediakan percuma untuk anda. Selain itu anda juga boleh follow ilmu saham di dalam blog Mahersaham, membaca buku, mengikuti webinar & kelas saham, serta menonton video basic & tutorial jual beli saham di app.mahersaham.com .

2. Berlatih dengan paper trade

Sebelum anda memulakan trading dengan wang sebenar, berlatih banyak kali dengan menggunakan paper trade. Ini akan membantu anda membangunkan strategi dan kemahiran trading yang anda perlukan.

“It takes ten thousand hours to truly master anything. Time spent leads to experience; experience leads to proficiency; and the more proficient you are the more valuable you’ll be.”

— Malcolm Gladwell —

3. Fahami intrumen pelaburan saham dan platform untuk membuat pelaburan

Belajar tentang pergerakan pasaran saham dan memahami bagaimana ia berfungsi. Anda juga perlu tahu teknikal penggunaan platform jual beli saham kerana kesilapan teknikal juga boleh mengakibatkan kerugian.

Bagi anda yang membuka akaun CDS dengan saya, Maher Alias, saya akan berikan anda akses Kelas Familiarization Platform secara PERCUMA selepas anda berjaya membuka akaun CDS.

Dalam Kelas ini saya akan kongsikan step by step cara untuk  deposit duit, menjalankan aktiviti jual dan beli serta cara untuk withdraw duit anda dari platform

4. Pastikan anda mempunyai modal yang cukup

Jangan memulakan trading sebagai Full-time Trader tanpa modal yang cukup. Jika tidak anda perlu mencari sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup anda.

5. Bina strategi yang berkesan

Strategi yang berkesan boleh membantu anda mencapai kejayaan dalam fulltime trading. Pastikan anda mempunyai strategi yang berkesan untuk berdagang di pasaran.

Ingat, setiap trader mempunyai trading plan yang berbeza. Carilah strategi yang paling kena dan sesuai dengan trading plan anda.

6. Trade dengan disiplin

Disiplin adalah kunci untuk berjaya dalam fulltime trading. Pastikan anda sentiasa mematuhi trading plan anda yang telah ditetapkan dengan penuh disiplin.

7. Ambil masa untuk menganalisis pasaran

Analisis pasaran adalah sangat penting untuk membuat keputusan yang tepat. Pastikan anda mengambil masa yang cukup untuk memahami kedudukan pasaran sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membeli atau menjual saham anda.

Salah satu tujuan Mahersaham diwujudkan adalah untuk membudayakan saham dalam masyarakat. Dengan tips yang diberikan ini saya harap anda dapat menjadikan saham ini sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan anda.

Jika tidak sepenuhnya, mungkin saham ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan anda.

Selamat berdagang di Bursa Malaysia

Trade With Knowledge


Baca Artikel Lain di Mahersaham

Cara Semak CCRIS Online Dengan Mudah

Apa Itu Limit Up dan Limit Down


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham secara percuma.

Similar Posts