Tips Menghadapi PKP 2.0

Assalamualaikum dan salam PKP 2.0 buat semuanya.

Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat di samping musim COVID-19 yang masih lagi menular dan kes harian di Malaysia dan seluruh dunia semakin meningkat saban hari.

Hal ini jugalah yang menyebabkan terlaksananya perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi.

Sudah pasti ramai yang masih segar dalam ingatan dengan PKP 1.0 yang dilaksanakan awal bulan Mac 2020.

Rakyat Malaysia pasti ingat bagaimana ia menjejaskan sektor ekonomi negara dan meningkatkan kadar pengangguran dalam negara kita.

Namun siapa yang sangka PKP 2.0 bakal terlaksana.

Diharapkan semua netizen bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri dan semestinya patuh dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tidak lain tidak bukan semua ini demi kesejahteraan kita semua.

Seperti yang kita sedia maklum hari ini bersamaan dengan 13 Januari 2021 merupakan permulaan hari bagi PKP 2.0 dilaksanakan.

PKP lagi sekali…

Terdapat 3 kategori yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada 11 Januari 2021 yang lalu iaitu:

1.Perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi 6 buah negeri iaitu Sabah, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan).

2. Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi 6 buah negeri Terengganu, Kelantan,Pahang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

3. Perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bagi 2 buah negeri iaitu Sarawak dan Perlis.

Pelbagai emosi dan situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Ada yang sedih kerana baru sahaja hendak memulakan pekerjaan namun terpaksa dicutikan.

Mungkin ada juga yang kecewa kerana terpaksa menangguhkan lagi tarikh pernikahan kerana dalam tempoh masa PKP sebarang majlis keramaian tidak dibenarkan.

Ada juga yang gembira mungkin, kerana boleh bekerja daripada rumah disamping meluangkan masa bersama keluarga.

Setiap daripada kita menghadapi situasi dan ujian yang berbeza.

Apapun kita semua berharap agar COVID-19 dapat dihapuskan daripada muka bumi ini.

InshaAllah.

Tiada siapa yang pasti berapa lama PKP 2.0 bakal dilaksanakan.

Mungkin sekejap, harapnya begitu.

Mungkin juga bakal berpanjangan seperti PKP 1.0.

Tidak pasti lagi.

Jadi sepanjang PKP 2.0 apa yang kita boleh lakukan?

Tips Umum

1. Kekal dengan pekerjaan anda

Jika sebelum ini ada di antara kita yang berniat untuk berhenti kerja atau menukar bidang pekerjaan, buat masa ni korang simpan dahulu niat tersebut.

Tetap kekal dengan pekerjaan sedia ada.

2. Mula Mencari Side Income

Jika syarikat korang berikan ‘cuti’ dalam beberapa tempoh masa.

Inilah masanya untuk korang mula mencari side income daripada pekerjaan atau pelaburan.

Korang nak belajar saham? download dan baca ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

3. Kawal perbelanjaan

Jika sebelum ini kita beli barang tanpa henti.

Kali ini kita kena rancang perbelanjaan.

Beli bila perlu sahaja.

Tak kisahlah waktu ni ada sales atau promosi gila-gila namun jika tiada keperluan, elakkan sebarang pembelian.

Terutama kepada mereka-mereka yang telah lulus atau masih lagi memohon i-Sinar.

Sila kawal perbelanjaan korang.

4. Buat Persediaan Untuk Kerja Di Rumah atau work from home (WFH)

Bagi mereka yang terpaksa kerja di rumah, korang kena planing di mana kawasan yang sesuai baik dari segi persekitaran ataupun suasana yang kondusif agar korang fokus sepanjang bekerja di rumah.

Kena pikir nak letak PC di kawasan mana?

Sesuai atau tidak?

Internet connection okay atau tidak?

Perlu atau tidak subscribe data yang lebih banyak?

Bagi yang mempunyai anak kecil anda mungkin menghadapi sedikit pening kepala untuk setup tempat atau ruang khas untuk WFH.

Ialah kalau boleh korang mesti nak elakkan mereka capai wayar-wayar yang ada.

Tak nak mereka conteng dokumen-dokumen yang ada.

Nak mereka tahu bahawa kawasan tersebut adalah zon larangan ataupun zon merah.

Di mana mereka kena elakkan daripada bermain di ruang kerja korang.

Kesimpulan

Semoga PKP 2.0 yang dilaksanakan selama 14 hari (buat masa ini) mampu mengurangkan penularan virus COVID-19 di negara kita khususnya.

Kita sebagai rakyat hendaklah mengikuti segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Akhir kata, marilah kita semua jaga diri masing-masing dan meringankan tugas frontliner kita.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.