|

Tingkatkan Skill Pelaburan dengan Delayed Gratification

Pada suatu hari, anak saya bertanya kepada saya, “Boleh tak belikan satu game di PS5?” PS5 bukanlah barang keperluan, cuma saya beli sebab dulu-dulu waktu kecil saya nak main tapi tak mampu. Bila dah besar dan mampu, saya beli. Tapi bila dah beli, tak ada masa pula nak main.

Ringkas cerita, anak saya singgah ke rumah atuk nenek. Dekat rumah atuk nenek, ada pula sepupu saya yang letak PS5 beliau di situ. Anak saya pula dapat main game, salah satu game yang ada dalam PS5 tersebut.

Balik daripada rumah atuk nenek, anak saya pun bertanya lagi, “Boleh tak beli game tersebut?” Nampak sangat beria. Namun demikian, saya merasakan ini adalah satu peluang untuk mengajarkan kepada anak saya apakah itu *delayed gratification*.

Kadang-kadang benda macam ni, nak halang terus pun tak bagus juga. Kita perlu regulate daripada menghalang secara total.

Kenapa *delayed gratification* dan apakah sebenarnya *delayed gratification* itu? Untuk mengetahui lebih lanjut, kita kena fahamkan dulu apakah itu *marshmallow test*.

Marshmallow Test

*Marshmallow test* adalah satu eksperimen yang dijalankan pada tahun 1970-an oleh seorang psikolog bernama Walter Mischel. Dalam eksperimen ini, kanak-kanak diberikan satu marshmallow dan diberitahu bahawa mereka boleh memakannya sekarang atau menunggu selama 15 minit untuk mendapatkan marshmallow kedua.

Kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mampu menunggu lebih lama untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar cenderung untuk mempunyai kehidupan yang lebih berjaya di masa hadapan.

Mengajarkan konsep *delayed gratification* kepada anak-anak adalah penting kerana ia membantu mereka memahami nilai kesabaran dan membuat keputusan yang bijak, terutama dalam konteks kewangan dan pelaburan. Sebagai pelabur, kemampuan untuk menangguhkan kepuasan segera demi keuntungan jangka panjang adalah kunci kejayaan.

Adjusted Marshmallow Test

Jadi apa yang saya buat adalah saya menyuruh anak saya untuk ambil masa sebulan sebelum saya akan tanya semula kepada dia sama ada betulkah dia nak game tersebut ataupun tidak.

Ambil masa sebulan untuk berfikir-fikir dengan amount yang terhad, yang sama, yang fix seperti nilai game tersebut. Boleh jadi ada game lain yang lebih dikehendaki ataupun lebih menarik dalam masa ataupun proses dia menunggu selama sebulan tersebut.

Dewasa Juga Perlu Belajar

Benda yang sama kita orang dewasa kena buat. Jika kita nak beli sesuatu barang atau melibatkan sesuatu keputusan yang melibatkan wang, maka kita kena ambil masa untuk fikir masak-masak.

Kadang-kadang, kita tak dapat menilai sepenuhnya sesuatu kehendak ataupun keperluan sehingga kita buat satu keputusan yang sebenarnya membebankan kita pada masa akan datang.

Dalam kes kita nak buat pinjaman perumahan ke, kita nak buat pinjaman peribadi ke, yang mana benda tu nampak macam mudah, tetapi sebenarnya jika kita buat keputusan untuk meminjam, maka kita sebenarnya terikat untuk 20 ke 30 tahun.

Jadi, di sini pentingnya untuk menangguhkan sesuatu keputusan, sesuatu benda yang mungkin kita betul-betul nak, supaya kita fikirkan lagi, ambil kira daripada pelbagai perspektif yang ada.

SWOT Analysis

Antara perspektif atau rangka kerja yang kita boleh gunakan adalah SWOT Analysis. Apakah itu SWOT Analysis? SWOT Analysis adalah terdiri daripada S, W, O dan T iaitu Strength (Kekuatan), Weakness (Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Threats (Ancaman). Dengan menggunakan SWOT Analysis, kita dapat menilai sesuatu keputusan dari pelbagai sudut dan membuat pertimbangan yang lebih bijak.

Senang cerita, tenangkan diri kita, jangan buat keputusan sembrono berdasarkan nafsu semata-mata. Itu adalah skil yang penting untuk jadi seorang trader atau investor yang berjaya.

Nak latih diri jadi trader atau investor yang betul? Buka akaun dengan saya dan saya akan guide caranya,hanya rm11 sahaja. Tekan Buka Akaun CDS

Similar Posts