|

Threads, Pesaing Terbaru Twitter?

Meta, syarikat yang memiliki Facebook dan Instagram, baru-baru ini mengumumkan pelancaran aplikasi terbaru mereka yang menarik perhatian banyak pihak di seluruh dunia. Aplikasi ini bernama Threads dan menawarkan pengalaman baru yang menarik bagi para pengguna untuk terhubung dengan rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.

Aplikasi ini dikatakan lebih mirip dan seakan-akan aplikasi Twitter. Hal ini kerana paparannya yang agak serupa dan istilah ‘bebenang’ yang sebelum ini lebih familiar didengari dalam kalangan pengguna Twitter.

Fungsi Aplikasi Threads

Seperti aplikasi Facebook dan Instagram, aplikasi Thread ini juga membolehkan kita untuk berkongsi gambar, video, dan penulisan. Namun, perbezaan yang ketara ialah fungsi ‘bebenang’ yang terdapat dalam aplikasi ini.

Pengguna juga boleh ‘like’, ‘comment’, ‘repost’ dan ‘share’ status atau konten pengguna yang lain.

Pengguna boleh membuat status seperti aplikasi Facebook dan Instagram, cuma mungkin yang bebezanya ialah untuk aplikasi Threads ini, lebih sesuai menulis penulisan yang lebih ringkas.

Threads membenarkan kita mengawal dan memilih pilihan privasi yang dikehendaki. Kita boleh memilih dengan siapa kita ingin kongsikan status dan juga gambar yang dikongsi. Kita boleh membuat kumpulan yang khas yang terdiri dari kawan-kawan yang lebih rapat sebagai contoh.

Selain itu, Threads juga boleh berintegrasi dengan Instagram. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk dengan mudah berkongsi gambar dan video yang mereka upload di Instagram terus ke Threads. Ini akan memudahkan lagi kepada pengguna yang untuk berkongsi status tanpa perlu membuka aplikasi Instagram secara berasingan.

Dalam dunia yang semakin pantas ini, Meta sedar akan pentingnya aplikasi yang boleh berhubungan secara pantas, ringkas dan mudah.

Threads merupakan satu aplikasi yang mempunyai tarikannya yang tersendiri dengan harapan dapat menarik minat golongan yang tidak menggunakan Facebook dan Instagram sekaligus bersaing secara sihat dengan pesaingnya iaitu Twitter.

Jangan lupa untuk mengikuti Platform Mahersaham di aplikasi Threads ini. Tekan link ini.

Kaitan Threads, Meta Dengan Saham

Umum mengetahui syarikat yang memiliki aplikasi Facebook, Instagram dan terkini, Threads adalah Syarikat Meta Platforms Inc. Syarikat ini disenaraikan di Nasdac iaitu pasaran di Amerika Syarikat.

Sebelum Syarikat ini mengumumkan aplikasi terbaru, Threads, kita boleh lihat graf saham untuk syarikat Meta menunjukkan kenaikan yang agak ketara sejak November 2022. Kemudian melakukan 2 kali ‘gap up‘ yang agak tinggi sehari selepas pengunguman ‘quarter report’ pada 1 Febuari dan 26 April. Quarter report syarikat Meta ini melebihi daripada jangkaan penganalisa.

Gap up ialah istilah untuk harga saham dibuka lebih tinggi berbanding harga tutup pada hari sebelumnya.

Kini, harga seunit saham Meta ialah 291USD berbanding 88USD pada November 2022. Dalam masa hampir 8 bulan sahaja, kenaikan meta ialah sekitar 229%!

Similar Posts