Teknologi 5G di Penempatan Gamuda Cove
Perkembangan Rangkaian 5G
Hai dan salam sejahtera, salam satu Malaysia! Tuan-tuan dan puan-puan, zaman kini kian berubah seiring dengan perubahan teknologi yang semakin canggih. Untuk pengetahuan anda, Malaysia kini telah maju dengan perkembangan teknologi 5G yang telah disediakan di beberapa tempat.
Seperti yang anda ketahui, dahulu kita menggunakan internet atau rangkaian 3G. Selepas itu diupgrade kepada 4G dan hingga kini telah tersedianya rangkaian 5G. Dapat kita lihat bahawa teknologi ini telah mengalami revolusi yang sangat laju.
Telah keluar berita di akhbar Metro berkaitan dengan syarikat Gamuda Land Sdn Bhd yang mengatakan bahawa syarikat pemaju hartanah ini merancang menyepadukan ketersambungan teknologi 5G di kawasan penempatan Gamuda Cove.
Teknologi 5G ini beserta dengan peranti pintar dan pengalaman kecerdasan buatan menerusi kerjasama dengan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Huawei Malaysia.

Teknologi 5G Seluas 600 Hektar
Agak-agak sejauh dan seluas mana teknologi 5G ini ya?
Haa..menurut Gamuda Land, kalangan penduduk dan pengunjung kawasan berkenaan akan menikmati ketersambungan lebih baik dalam perbandaran seluas 600 hektar di selatan Lembah Klang
Kawasan ini telah disasarkan sebagai bandar pintar serta kawasan perlindungan alam semula jadi.
Selain itu, Gamuda Land dah masukkan aspek ketersambungan maya ini dalam perancangan awal pelan induk Gamuda Cove yang turut disokong oleh pengalaman selama 25 tahun dalam usaha pembangunan bandar.
Prasarana Teknologi Bandar Pintar
Gamuda Cove akan menjadi antara salah satu bandar pintar yang akan menikmati ketersambungan hebat itu yang dilengkapi dengan prasarana sesuai untuk kegunaan pada masa akan datang.
Selain itu, Huawei Malaysia turut berkongsi keterujaan mengenai kerjasama berkenaan yang disifatkannya sebagai salah satu usaha memacu inovasi.
Gamuda Cove yang terletak di tepi Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2
Ia bermatlamat untuk muncul sebagai perbandaran holistik dengan komponen kediaman, komersial, kesejahteraan, hiburan dan pendidikan.
Apabila siap nanti, ia akan mempunyai lebih 20,000 unit kediaman.
Kelebihan/ Kebaikan Teknologi 5G
Seperti yang anda sedia maklum, sebelum ni kita menggunakan rangkaian 3G. Dan hingga kini kita tak terfikir pun akan menggunakan rangkaian 5G. Bagi orang yang berkecimpung dalam dunia saham ini pastinya ia akan dapat melihat kebaikan daripada teknologi 5G
Antara kelebihan 5G ini ialah dapat memudahkan kerja-kerja yang terlibat dengan penggunaan media dan teknologi. Kepantasan kerja yang dibuat akan memberi kesan kepada perkembangan syarikat itu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, melalui berita berkaitan 5G ini dapat kita kaitkan ia dengan kaunter-kaunter yang terlibat dengan 5G yang sudah semestinya ialah sektor telekomunikasi.
Dan juga sebenarnya salah satu penyedia teknologi maklumat dan telekomunikasi itu sendiri iaitu ICT ialah syarikat Huawei.
Walaupun Huawei tidak ada dalam Bursa Malaysia tetapi ia ada membuat joint venture dengan certain syarikat. Daripada berita ini anda dapat membuat kajian atau case study mengenai apa yang berkaitan. Sebagai contoh, syarikat apa yang bekerjasama dengan Huawei.
Selain itu, daripada berita ini mungkin anda boleh membuat kajian terhadap kaunter-kaunter yang terlibat dengan sektor telekomunikasi.
______________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga berita kali ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak ilmu pengetahuan di dalam dunia saham.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.