|

Teknik MA 200 Untuk Trading

Strategi Buy Dan Sell Menggunakan Simple Moving Average 200

Teknik SMA 200 boleh dikatakan antara indikator yang paling banyak digunakan dalam analisa teknikal.
Ia digunakan bagi mengenal pasti trend keseluruhan untuk pasaran saham bagi jangka masa panjang.

SMA 200 bukan sahaja digunakan oleh traders tetapi juga oleh institusi-institusi kewangan yang turut melabur dalam pasaran saham.

Hal ini kerana hampir kebanyakan saham bertahan dan mengekalkan trend selagi SMA 200 tidak dipecahkan.

Bagaimana Simple Moving Average Dikira?

Secara ringkasnya, SMA 200 itu bermaksud purata pergerakan mudah harga saham untuk 200 unit.

Kebiasannya SMA 200 ini digunakan untuk daily chart. Jadi, 200 unit dalam daily chart adalah 200 hari.
Kita sudah maklum bahawa harga untuk setiap mengandung Open, High, Low dan Close.

Untuk SMA, secara ‘default’ kiraan yang digunakan adalah menggunakan Closing Price.
Jadi SMA 200 untuk daily chart bermaksud purata CLosing Price untuk 200 hari, dikira dari hari tersebut ke belakang.

2 Signal Asas Untuk SMA 200

Secara asasnya, SMA 200 sahaja akan menghasilkan dua signal, Buy dan Sell.

1) Jika harganya di atas SMA 200 hari ini adalah isyarat kenaikan harga. (BULLISH )

2) Jika harga berada di bawah SMA 200 hari ini adalah isyarat penurunan harga. (BEARISH)

Dalam SMA 200, garisan SMA 200 itu boleh dianggap sebagai support ataupun resistance bagi saham tersebut.
Bergantung kepada kedudukan harga saham dengan garisan SMA 200 itu, SMA 200 boleh memberikan signal sama ada BUY ataupun SELL.

SMA 200 Buy Signal

Bullish Breakout: Apabila PRICE ACTION memecah SMA-200 hari ke atas ia memberikan isyarat panjang yang kuat.

☑️Support Bounce: Apabila PRICE ACTION memenuhi SMA-200 hari sebagai sokongan dan melantun ke atas, ia menghasilkan isyarat beli yang kuat.

SMA 200 Sell Signal

☑️Bearish Breakout: Apabila PRICE ACTION memecah SMA-200 hari ke bawah, ia menghasilkan isyarat pendek yang kuat.

✅Resistance Bounce: Apabila PRICE ACTION memenuhi SMA 200 hari sebagai perlawanan dan melantun ke bawah, ia memberikan isyarat pendek yang sangat kuat.

Kesimpulan

SMA secara keseluruhannya adalah satu signal mudah untuk digunakan. Antara yang paling banyak digunakan adalah SMA 200.
Dengan hanya mengira purata pergerakan harga, calculation untuk signal ini sebenarnya boleh dibuat atau disusun menggunakan Excel ataupun aplikasi programming yang lain.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.