Teknik Intraday Saham

Teknik intraday adalah salah satu kaedah perdagangan dalam dunia pelaburan saham di mana pedagang saham akan membeli dan menjual pada hari yang sama.

Biasanya, pedagang intraday akan menjual atau membeli saham berdasarkan isyarat yang ditunjukkan oleh harga saham dan juga volume. Mereka akan memantau pergerakan harga saham dalam masa yang singkat untuk mengambil keuntungan dalam jangka yang cepat.

Teknik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk berjaya. Diluar sana terdapat banyak cara atau kriteria yang ditetapkan oleh pengguna teknik ini.

Dalam artikel kali ini, saya akan dedahkan kepada anda kriteria yang digunakan di Mahersaham untuk mengenalpasti kaunter untuk Intraday.

Platform Mplus

Untuk lebih mudah, digalakkan anda menggunakan platform Mplus kerana dalam contoh-contoh yang diberikan ini, saya tunjukkan terus secara praktikal untuk masukkan satu persatu kriteria yang diperlukan.

Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh buka dan daftar terlebih dahulu di akauncds.com

Kriteria Intraday

Berikut ialah kriteria intraday yang digunakan di Mahersaham :

  1. Buy rate atas 60%
  2. Total transaction atas 100
  3. Harga saham atas VWAP
  4. Volume distribution chart corresponds dengan jahitan pada tick chart
  5. Perubahan harga (Chg%) dalam lingkungan 3% ke 9%
  6. Vol/VMA Chg% = Volume spike pada daily chart timeframe (atas 100%)
  7. Terdapat pembelian besar serentak (lebih RM100 ribu)
  8. Tick chart uptrend
  9. Lebih bagus bila kaunter untung lebih banyak daripada kaunter rugi

Step By Step di Platform

Masukkan dahulu satu persatu kriteria intraday yang diperlukabn ke dalam platform anda untuk mengenalpasti kaunter yang berpotensi.

Mulakan langkan dengan Login ke platform Mplus anda.

Step pertama selepas log in ialah jadikan layout platform anda sebagai ‘Layout F’. Ini adalah untuk memudahkan anda untuk melihat platform. Caranya ialah : 

Pergi ke icon ‘change layout’, pilih layout ‘F’.

Kemudian, buang semua maklumat yang sedia ada (default setting) dengan menekan icon ‘gear’. Akan keluar ‘popup’ seperti gambar dibawah.

Pilih column di sebelah kanan dan tekan ‘delete’ semua sekali kecuali ‘Stock Code’ dan ‘Stock Name’. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.

Masukkan 9 Kriteria Intraday

1. Buy Rate Lebih 60%

Kriteria pertama ialah Buy Rate melebihi 60%. Buy rate ialah percentage transaksi jumlah desperate buyer yang telah berlaku untuk sesebuah kaunter sepanjang hari.

Sekiranya pada waktu anda sedang monitor sesebuah kaunter, semua orang membeli (buy up), dan tiada penjualan (sell down) berlaku sejak pasaran dibuka, maka buy rate nya ialah 100%. 

Jika anda tidak faham apa itu buy up dan sell down, boleh baca artikel ini : Artikel Buy Up & Sell Down.

Jadi, kita nak buy rate atas daripada 60%.

Pilih ‘Transaction Info’. Pilih ‘Buy Rate’ dan tekan butang ‘Add’. Buy Rate akan berpindah ke sebelah kanan (Selected Columns).

Berdasarkan gambar diatas, kita boleh kenal pasti, kaunter mana yang mempunyai buy rate melebihi 60%.

Tapi jangan jadikan watchlist dahulu, sebab ini baru kriteria pertama. Kalau boleh kaunter yang kita masukkan dalam watchlist ialah kaunter yang padan dengan semua kriteria yang telah ditetapkan.

2. Total transaction lebih 100

Total transaction ini ialah jumlah transaksi yang telah berlaku pada waktu itu.

Sebagai contoh, jika anda sedang monitor kaunter X pada pukul 11 pagi dan total transaction  yang ditunjukkan ialah 200. Ini bermaksud sejak pasaran dibuka pukul 9 pada hari tersebut, telah berlaku sebanyak 200 transaksi untuk kaunter X.

Masukkan ‘Total transaction’ ke Selected Columns di sebelah kanan. Caranya sama seperti kita masukkan Buy rate di kriteria pertama tadi.

Boleh dilihat pada gambar, kebanyakkan transaksi lebih daripada 100. Semua kaunter yang lebih dari 100 ini lulus untuk kriteria kedua.

3. Harga saham atas VWAP

    VWAP (Volume Weighted Average Price) ini menunjukkan point yang paling banyak orang lakukan transaksi pada harga yang tertentu.

    Sebagai contoh, dalam gambar diatas, boleh dilihat pada harga 0.34 menunjukkan bucu yang paling jauh berbanding yang lain.

    Bucu atau puncak bukit ke kanan itu sebenarnya menunjukkan jumlah volume (jumlah transaksi yang telah berlaku). 

    Jadi, di VWAP tertinggi untuk kaunter X ini ialah 0.34. Harga ini berpotensi menjadi support atau resistance.

    Untuk kriteria ketiga ini, kena masukkan 2 maklumat ke selected columns iaitu ‘last done price’ dan juga ‘Volume Weighted Average Price’.

    Caranya sama macam kita masukkan kriteria sebelum ini. Cuma perhatikan pada ‘Select available columns from’.

    Untuk kedua-dua maklumat ini berada pada bahagian ‘Price Info’.

    Untuk kriteria ketiga ini, harga terkini (last done price) mesti berada diatas puncak bukit tertinggi. Untuk kes kaunter contoh diatas, harga terkini mestilah berada diatas 0.34.

    Kaunter X diatas tidak menepati kriteria ketiga ini, sebab harga terkini (last) ialah 0.330, lebih rendah daripada VWAP (0.3315). 

    Cari kaunter lain yang last lebih tinggi daripada VWAP untuk menepati kriteria ketiga untuk teknik intraday ini.

    4. Perubahan harga (Chg%) dalam lingkungan 3% ke 9%

    Price Change (Chg%) ialah perubahan harga pada hari ini berbanding dengan semalam dalam bentuk percentage.

    Masukkan kriteria ini pada column rujukan kita. 

    Masukkan ‘Price Change (%)’. Price change ini berada di bahagian ‘Price Info’.

    Untuk kriteria ini, kita ingin mencari Chg% dalam lingkungan 3-9%. Seperti dalam gambar, hanya kaunter Y yang menepati kriteria ini. 

    Kenapa 3-9%? Ini kerana kita ingin mencari kaunter yang sudah ada momentum, tetapi kenaikannya masih tidak terlalu tinggi.

    5. Vol/VMA Chg% = Volume spike pada daily chart timeframe (atas 100%)

    Kriteria Vol/VMA Chg% ini menunjukkan kenaikan volume pada hari ini dibandingkan dengan 4 hari yang terdahulu.

    Kita nak cari kaunter yang sebelum ini tiada pergerakan, tiba-tiba berlaku kenaikan dalam volume. Ini menunjukkan kaunter tersebut ada momentum.

    Masukkan ‘Volume/Volume Moving Average Change % (5 Days)’ ke dalam column pilihan kita. 

    Untuk kriteria ini, kita mencari kaunter yang mempunyai ‘Vol/VMA Chg%’ ini melebihi daripada 100%. Berdasarkan gambar, agak banyak contoh yang boleh diambil.

    6. Terdapat pembelian besar serentak(lebih RM100 ribu)

    Selepas menepati kriteria yang ditetapkan, tekan kaunter tersebut dan lihat sama ada terdapat pembelian serentak dengan nilai yang besar iaitu RM100,000. 

    Ini cara nak tengok di platform : 

    1. Double click pada kaunter X

    2. Tekan ikon ‘bar graph’ melintang.

    Dapat dilihat di column ‘Val’ iaitu value yang menunjukkan nilai pembelian oleh seseorang pada waktu tersebut. Untuk kaunter ini, pembelian terbesarnya hanyalah RM6,500. Ini tidak menepati kriteria kita iaitu terdapat pembelian di atas RM100,000.

    7. Tick Chart Uptrend

    Pilih ikon ‘chart’ di sebelah kiri sekali untuk kumpulan ikon. Untuk kriteria ini, kita nak tick chart (garisan hijau) itu menaik ke atas (seperti garisan kuning).

    8. Volume distribution chart corresponds dengan jahitan pada tick chart

    Untuk kriteria ini, Volume distribution chart (kotak 1) yang mempunyai puncak tertinggi dan selari dengan kebanyakan transaksi (jahitan) di tick chart (kotak 2).

    9. Kaunter untung lebih banyak daripada kaunter rugi

    Lihat di ‘home’ platform anda, anak panah Hijau ke atas menunjukkan kaunter untung dan merah pula menunjukkan bilangan kaunter yang rugi.

    Ia menunjukkan keadaan pasaran pada hari ini. Sekiranya kaunter untung lebih banyak daripada kaunter rugi, ini menunjukkan pasaran saham pada hari tersebut sedang uptrend. 

    Lebih baik sekiranya beza antara bilangan kaunter yang untung lebih dua kali ganda berbanding kaunter rugi. Seperti 600 kaunter untuk berbanding 300 kaunter rugi.

    Masukkan Sebagai Watchlist

    Sekiranya kesemua kriteria ini dipenuhi, maka itulah kaunter yang boleh dijadikan watchlist untuk kita perhatikan peluang untuk membuat keuntungan menggunkan teknik Intraday. 

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, mencari saham intraday yang baik memerlukan analisis dan pemahaman yang mendalam mengenai pasaran saham. Ini kerana teknik ini boleh dikatakan agak ‘advance’ dalam pasaran saham.

    Namun dalam perdagangan saham, tiada jaminan keuntungan yang pasti, tetapi dengan menggunakan kriteria yang tepat dan melakukan analisis yang baik, peluang untuk mencapai kejayaan di pasaran saham intraday dapat ditingkatkan.

    Similar Posts