TEKNIK CANSLIM-CARA CARI SAHAM BAGUS
Selalu dengar orang kata, carilah saham FA bagus. Carilah syarikat untung.
Tapi tak ramai yang kongsi cara membuat kajian ini, betul?
Jadi dalam artikel kali ini saya mahu tunjukkan satu Teknik yang boleh digunakan untuk mencari syarikat yang untung. Nak tahu tak?
Baca artikel ini sampai habis.
Teknik CANSLIM
Teknik untuk mencari syarikat yang untung adalah menggunakan teknik CANSLIM.
CANSLIM diasaskan oleh William J. O’neil, gabungan antara analisa Fundamental dan Teknikal.
Kalau nak baca buku tentang CANSLIM ini, anda boleh beli buku ‘HOW TO MAKE MONEY IN STOCK’. Boleh cari di Amazon.
CANSLIM ini adalah akronim dimana setiap satu akronimnya ada maksud yang anda perlu faham.
Maksud CANSLIM

C – Current Quarter Earning Per Share
Earning Per Share, EPS adalah pendapatan saham bagi suku tahunan terkini syarikat tersebut.
Jadi apa yang anda perlu perhatikan adalah EPS suku tahunan terkini sentiasa meningkat berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
EPS perlu meingkat sekurangnya 20% dalam setiap suku.
A – Annual Earning
Annual Earning adalah perolehan tahunan sesebuah syarikat. Untuk Annual Earning ia perlu meningkat bagi tempoh 5 tahun terkini.
Pertumbuhan yang baik adalah 20% untuk 3 tahun atau 5 tahun terkini.
Contohnya tahun ini 1.2 juta. Tahun lepas 1 juta. Itu di maksudkan pertumbuhan 20%.
N – New Product/ New Management/ New High/ New Event
Bahasa mudahnya, anda perlu cari apa yang menarik dalam syarikat itu untuk menjadi catalyst.
Contohnya syarikat tersebut ada buat produk baru atau mungkin cara pengurusan bisnes syarikat yang hebat dan lain-lain.
Tapi ingat. Produk baru mesti ada wow factor. Bukan semata-mata produk baru je.
Selain produk, Catalyst pun boleh dari segi New Management. Sebab syarikat yang hebat mempunyai leader yang hebat dan berpengalaman.
Selain itu, dari sudut teknikal pula. Untuk N ini, kita boleh lihat sesuatu saham tersebutada NEW HIGH tak? Bermaksud breakout.
Itu salah satu kajian boleh dibuat dari sudut teknikal.
S – Supply & Demand
Supply dan Demand adalah permintaan dan penawaran dalam sesebuah syarikat. Untuk supply dan demand anda boleh lihat dari segi:
- Number Of Share. Ambil bilangan no of share antara 200 juta – 800 atau 900 juta
- Free float share. Boleh ambil 20% keatas
L – Leader & Laggard
Disini kita perlu tahu adakah syarikat itu Leader atau Laggard.
Yang penting kita perlu ambil leader kerana leader yang akan bergerak dahulu. Dan biasanya kenaikannya memang besar.
Cara paling mudah untuk melihat leader atau laggard bandingkan market capitalization sesebuah syarikat mengikut sektor masing-masing.
Jangan pula macam ni, contoh Greatech adalah sektor Technology dibandingkan dengan Lionind dalam sektor industrial product. Ini SALAH ya kerana sektor yang berbeza.
I – Institutional Sponsorship
Syarikat yang bagus biasanya Institutional akan membeli saham mereka.
Contoh institutional adalah seperti KWSP, KWAP, LTAT, Tabung Haji dan Fund Unit Trust.
Sebab Fund manager mereka ini akan beli syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh. Syarikat tersebut untung dan ada produk yang mendapat sambutan.
Untuk semak Institutional ini anda boleh guna Bursa marketplace atau platform Mplus. Jika belum ada akaun CDS mplus terus ke Akaun CDS Mplus. Daftar CDS bersama saya sekarang.
M – Market Direction
Untuk kaji Market Direction perlu menggunakan teknikal analisa dengan melihat 3 perkara ini:
- INDEKS FBMKLCI
- SEKTOR SYARIKAT TERSEBUT
- SYARIKAT TERSEBUT
Contohnya dengan melihat pada Trend, Support Resistance dan lain-lain.
Tapi paling mudah untuk Index FBMKLCI dan sektor syarikat tersebut mestilah berada diatas moving average 200.
Kesimpulan
Inilah cara untuk mengkaji saham menggunakan CANSLIM.
Jadi sekarang anda sudah boleh mula cari saham yang untung mengikut teknik CANSLIM ini.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.