Technical Analysis Series – MACD Indicator dan Penggunaannya
Technical Analysis – MACD indicator
Ketahui tiga elemen penting dalam MACD untuk technical analysis iaitu :
- Line MACD
- Line signal
- MACD histogram
Default setting untuk MACD adalah 12,26 dan 9. Jika anda ubah signal tersebut pada skala yang lebih kecil, ia akan membawa kepada signal yang lebih cepat.
Walau bagaimanapun, skala yang kecil akan menyebabkan banyak ‘false signal’ berlaku.
BUY signal MACD
- Line MACD membuat crossing ke atas line signal.
- Line MACD membuat crossing ke atas line signal ketika berada di bawah harga kosong – keadaan ini dikenali sebagai ‘golden crossover’.
- Menggunakan bullish divergence.
Contoh Kaunter-kaunter MACD signal :
Antara kaunter-kaunter yang keluar signal sama ada BUY atau SELL menggunakan MACD indicator yang kita bincangkan lebih terperinci dalam video adalah PADINI dan TAKAFUL.
Dari dalam video kita juga boleh melihat bagaimana kita sendiri boleh mencari kaunter-kaunter berpotensi melalui MACD signal jika kita tahu bagaimana hendak setup screener kita sendiri.
Namun demikian, membuat screener bukanlah satu benda yang mudah. Jika ada pun screener di luar sana, kebanyakannya belum boleh dibuktikan dan masih memerlukan kajian tambahan daripada pelabur atau pedagang.
Team Mahersaham telah berjaya menghasilkan satu platform yang dikenali sebagai Mahersaham Dashboard untuk memudahkan para pelabur ‘filter’ kaunter berpotensi menggunakan algorithm tertentu.
Untuk tahu lebih lanjut boleh baca guide berkaitan apa itu Mahersaham Dashboard di sini.
Pelabur atau pedagang juga boleh terus pergi ke dashboard.mahersaham.com untuk ‘hands on experience’ secara pantas.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, MACD lebih banyak digunakan dalam trend following system, dan efektif untuk digunakan dalam keadaan market tengah ‘trending’. Ia kurang sesuai untuk digunakan dalam keadaan market sideways.
MACD merupakan salah satu antara banyak indikator untuk technical analysis di luar sana. Adakah indicator MACD adalah indicator yang terbaik? Ada tak cara lain untuk menambah baik sistem trading yang hanya menggunakan MACD semata-mata atau MACD perlu digunakan dengan indikator lain supaya hasil trading lebih memuaskan?
Semuanya boleh dilakukan jika berkeupayaan untuk menganalisa data dengan terperinci. Pada video-video yang akan datang, team Mahersaham akan mengupas topik Backtesting.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
3
2.5
5
4.5