|

Technical Analysis Series : Bollinger Bands

Bollinger Bands

Antara indikator yang terkenal dan sering kali digunakan oleh trader ataupun investor dalam membaca chart ialah indikator Bollinger Bands

Applikasi yang digunakan dalam video ini ialah : Trading View (free di internet)

Terdapat 3 line penting dalam indikator ini:

  1. upper band
  2. middle band
  3. lower band
Gambar 1 – Default Setting untuk indikator ini ialah (20, close, 2)

Merujuk kepada gambar:

  1. Panjang (20) itu melambangkan jumlah candlestick yang digunakan untuk mengira. Sebagai contoh, 20 itu ialah 20 candlestick yang digunakan. Kalau timeframe kita ialah ‘daily’, maka 20 itu melambangkan 20 hari, kalau timeframe kita ialah ‘weekly’ maka 20 itu ialah merujuk kepada 20 minggu.
  2. Sumber(tutup) itu bermaksud kita menggunakan harga tutup dalam pengiraan kita.
  3. Sisihan piawai = amplitude = pekali = gandaan
Gambar 2 – Contoh penggunaan Bollinger Bands untuk Syarikat Supercomnet Tech Bhd

Merujuk kepada Gambar 2 :

  1. Middle Band (garisan berwarna merah di tengah) : Middle band ini sebenarnya ialah Moving Average (MA). Jika nilai 20 digunakan untuk setting Bollinger Bands ini, maka garisan ini melambangkan Moving Average untuk 20 hari(guna timeframe daily)
  2. Upper Band (garisan hijau di atas) : Upper band terlukis dengan menggunakan rumus standard deviation. Rumusnya ialah = MA + 2(standard deviation)
  3. Lower Band (garisan hijau di bawah) : Lower band terlukis dengan menggunakan rumus standard deviation. Rumusnya ialah = MA – 2(standard deviation)

Terdapat 2 teknik cara untuk menggunakan indikator Bollinger Bands ini :

  1. Support dan Resistance
  2. Bollinger Band Squeeze

Tonton video penuh untuk penerangan yang lebih detail, cara guna indikator ini, tahu kat mana nak beli dan jual, dan beberapa contoh berdasarkan real chart. Dalam website kami, banyak lagi penerangan berkaitan ilmu Technical Analysis.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

3 Comments

Comments are closed.