Technical Analysis Series – ATR / Chandelier Exit
Average True Range( ATR )
Indikator ATR digunakan untuk mengukur volatiliti sesuatu kaunter.
Semakin tinggi pergerakan harga, semakin tinggi volatiliti kaunter tersebut.
Kita mencari kaunter yang tinggi volatilitinya kerana ketika itu, lebih senang untuk kita buat profit berbanding ketika sideways.
ATR akan menjadi semakin tinggi mengikut ketinggian perubahan harga yang berlaku.
Boleh digabungkan indikator ATR ini dengan indikator ‘Chandelier Exit’.
Apabila digabungkan, lebih mudah untuk kita membuat untung dan mengelak kerugian di pasaran saham!
Chandelier Exit ialah satu trailing stop yang digunakan untuk mengesan sell signal.
Selagi harga sesuatu kaunter berada di atas chandelier exit, selagi itu kita boleh hold possesion.
Apabila harga saham/candlestick memintas chandelier exit ke bawah, ini adalah sell signal.
Tapi, masalahnya ialah, kebanyakan charting software tidak ada indikator Chandelier Exit ni!
Habis tu, macam mana nak buat..?
Anda bertuah kerana hari ini kita akan belajar ‘programming’, cara untuk buat dan setup sendiri indikator kita!
Jangan risau, nak buat script ni sangat mudah, walaupun anda tak pernah belajar programming sebelum ni, cukup dengan hanya menonton video ini.
Dalam video ini, kami terangkan macam mana nak buat sendiri indikator chandelier exit menggunakan platform Trading View.
Step-step untuk buat indikator Chandelier Exit
1. Bar indicator
2. My Script
3. Create your first script now
4. New > Donchian Channels > Copy dan paste ke notepad
5. New > ATR > Copy dan paste ke notepad tadi
6. Edit script di notepad
7. Copy dan paste kembali ke script di Trading View
8. Save
Mungkin anda berminat nak mengikuti Technical Analysis kami, seperti indikator MACD, Parabolic SAR, RSI, ADX/DMI, atau Ichimoku Kinko Hyo.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
TUNGGU APA LAGI?? Jom daftar sekarang
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
4.5