Tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat
Pemberian Dividen
Kebiasaannya setiap suku tahun syarikat akan memberikan sebahagian keuntungan mereka kepada pemegang saham dengan pemberian dividen.
Namun tidak semua syarikat berbuat demikian. Ia bergantung juga pada syarikat itu sendiri.
Disamping itu, pengarah syarikat akan pertimbangkan samada syarikat harus mengagihkan keuntungan kepada pelabur dengan membayar dividen atau dengan membeli semula saham syarikat.
Jika pengarah memutuskan untuk membayar dividen, terdapat beberapa tarikh penting yang perlu diberi perhatian.
Beberapa Tarikh Penting
Sebagai contoh, pengarah syarikat telah memutuskan untuk isytiharkan pemberian dividen.
Kemudian, syarikat perlu nyatakan tarikh pembayaran dan beberapa tarikh penting lain berkenaan dengan dividen tersebut.
Terdapat 3 tarikh penting terutamanya kepada pemegang saham iaitu ex-dividend date, entitlement date/date of record, dan payment date.
Ex-dividend date
Adalah tarikh bagi menentukan sama ada anda (pemegang saham) layak atau tidak menerima dividen yang diisytiharkan.
Walaupun anda menjual saham pada atau selepas tarikh ini, anda layak mendapat dividen kerana masih menjadi pemegang rekod.
Manakala pemegang saham baru yang baru beli dan memiliki saham pada tarikh ini tidak dapat dividen kerana tidak memegang saham pada tarikh rekod (date of record).
Namun, jika anda menjual saham sebelum tarikh ini, anda juga tidak layak mendapat dividen.
Entitlement date/date of record
Adalah tarikh dimana pelabur mestilah pemegang saham berdaftar supaya berhak mendapat dividen.
Semua pelabur yang merupakan pemegang saham rasmi sehingga pada tarikh ini akan menerima dividen yang telah diumumkan.
Pemegang saham ini dipanggil sebagai pemegang rekod.
Payment date
Tarikh yang ditetapkan oleh pengarah syarikat dimana syarikat akan membuat bayaran dividen kepada pemegang rekod. Ia juga dikenali sebagai payable date.
Anda juga akan diberitahu melalui email atas bayaran dividen yang diberikan.
Biasanya, tarikh ini adalah seminggu atau 2 minggu selepas date of record.
Contoh
Untuk lebih memahami tarikh-tarikh ini, lihat urutan tarikh berdasarkan contoh kalendar ini.
- Pada 3 Jun pengarah syarikat isytihar dividen sebanyak 1 sen kepada pemegang rekod pada 18 Jun.
- Syarikat akan memberitahu pemegang saham yang layak bahawa tarikh bayaran dividen adalah pada 30 Jun.
- Dalam situasi ini, jika anda membeli 100 lot saham syarikat pada 15 Jun. Anda layak menerima dividen RM100 (0.01 x 10,000 unit) pada 30 Jun akan datang.
- Tetapi jika anda membeli saham syarikat pada 16 Jun, anda tidak layak mendapat dividen kerana anda bukan pemegang rekod bagi dividen tersebut.
- Sebaliknya jika anda menjual saham pada 16 Jun pula, anda layak tersenarai sebagai pemegang rekod untuk menerima dividen.