Takaful Ambil, Tapi Tak Tahu Ada Takaful di Bursa?

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad bermula pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji keboleh pelaksanaan penubuhan syarikat insurans Islam di Malaysia.

Ini membawa kepada penubuhan Takaful Malaysia pada 29 November 1984 di ikuti dengan permulaan operasi pada 22 Julai 1985.

Selepas se-Dekad beroperasi, Syarikat Takaful telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 19 Oktober 1995, diikuti dengan penyenaraiannya di Papan Utama (kini dikenali sebagai ‘Main Market’) Bursa Malaysia Securities Berhad pada 30 Julai 1996.

Maklumat Kewangan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

Modal saham Syarikat berjumlah RM3.117 Billion terdiri daripada 835.62 juta saham biasa setakat 31 Disember 2021.

Selama lebih tiga puluh tahun, syarikat Takaful telah menjadi salah satu pengendali Takaful terkemuka di Malaysia.

Selain itu, ia telah menyediakan kekuatan kewangan dan kepakaran pengurusan risiko yang memenuhi keperluan pelanggan.

Pemegang Saham Terbesar

Pegangan terbesar dalam syarikat ini adalah 3 jerung besar yang amat dikenali iaitu

  1. Lembaga Tabung Haji sebanyak 28.26%
  2. EPF atau Kumpulan Wang Persaraan sebanyak 10.95%
  3. KWAP atau Kumpulan Wang Persaraan di perbadankan sebanyak 6.85%
TAKAFUL

Produk Syarikat

Terdapat 3 jenis Produk yang di tawarkan:

  1. Produk Online – Untuk segmen ini terdapat 7 servis disediakan iaitu;
    a. Myclick Motor
    b. Myclick motor Flexisaver
    c. Myclick Travel PA
    d. Myclick PA
    e. Myclick Mediplus
    f. Myclick Medicare
    g. MyClick Term
  2. Personal – Untuk segmen ini terdapat 2 servis disediakan iaitu;
    a. Family Products
    b. General Products
  3. Commercial – Untuk segmen ini terdapat 2 servis disediakan iaitu;
    a. Family Products
    b. General Products
Sumber: Website Takaful Malaysia

Nota: Segala produk yang disediakan sila rujuk wakil ejen takaful mereka yang bertauliah.

Board Of Director

Sumber: takaful-malaysia.com.my

Chairman Independent Non-Executive Director – Dato’ Mohammed Hussein

  1. Antara pengalaman Dato Mohammed Hussein adalah
  • Ogos 1977 hingga Okt 1983 : Pengurus Kanan, Perbankan, Aseambankers Malaysia Berhad
  • Nov 1983 hingga Mac 1987 merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Aseamlease Malaysia Berhad

Sekarang beliau merupakan Directorship of Public Companies  iaitu Gamuda berhad, Hap Seng Plantations Holdings Berhad dan TaseK Corporation Berhad.

2. Independent Non-Executive Director – Suraya Hassan

Antara pengalaman beliau

  • 2013-2015: Naib Presiden Eksekutif, Ketua Jualan & Pengedaran Runcit, Kumpulan Ambank Berhad
  • 2015-2016: Ketua Pegawai, Pengagihan Insurans Am/Hayat dan Perkongsian, Prudential Assurance Malaysia Berhad

3. Independent – Non-Executive Director- Dato’ Mustaffa Ahmad
Antara pengalaman beliau

– Apr 1996 – 2005 : Senior General Manager, Malaysian National Reinsurance Berhad
– 2005 – 2010 : Executive Vice President & Chief Operating Officer, Malaysian Reinsurance Berhad

4. Independent – Non-Executive Director – Datuk Bazlan Osman
– Pengerusi, GITN Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM))
– Ahli Majlis, MIA – Pengerusi, Akauntan Profesional dalam Jawatankuasa Perniagaan, MIA

Jika kita lihat, orang kuat takaful ini penuh dengan pengalaman terutama dalam bidang kewangan. Jadi mereka mampu memacu syarikat tersebut supaya berdaya saing walaupun dalam industry takaful tersendiri terlalu banyak syarikat yang ada dan pelbagai produk.

Dividen Syarikat

Ini pula adalah jumlah Dividen yang pernah diberikan oleh syarikat Takaful kepada shareholdernya;

TAKAFUL

Disini boleh lihat bahawa Dividend syarikat ini berikan sejak 2012 sehingga 2021 tak pernah tinggal setiap tahun.

Bagi shareholder syarikat ini setiap tahun seronok makan Dividen setiap tahun.

Kesimpulan

Dalam pelaburan saham bukan sahaja kita dapat pulangan daripada Capital Gain, beli harga murah jual harga tinggi.

Tetapi anda juga berpeluang mendapat pulangan dari Dividen syarikat terutamannya syarikat-syarikat besar di Bursa Malaysia.

Jika belum ada akaun CDS anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat. 

Similar Posts