Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.10% Untuk Tahun 2022
Pada minggu lepas, Tabung Haji telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1% kepada pendeposit di Tabung Haji. Tabung Haji juga telah menyatakan di situ bahawa agihan keuntungan tersebut sudah pun ditolak zakat perniagaan.

Gambar dibawah menunjukkan perbandingan pulangan Tabung Haji berbanding meletakkan duit anda dalam deposit tetap yang lain.

Anda boleh menyemak baki dan dividen yang diperolehi untuk akaun Tabung Haji anda melalui beberapa cara seperti dalam infografik ini :

Saya sangat galakkan anda untuk daftar dan akses akaun Tabung Haji anda melalui THijari sebab nampaknya dah semakin moden. Waktu saya nak buka akaun Tabung Haji untuk anak, staf Tabung Haji menyuruh saya login dan daftar terlebih dahulu untuk anak dalam laman web THijari.
Cara Semak Akaun Tabung Haji Melalui THijari
- Login ke laman sesawang Tabung Haji online: www.thijari.com.my
- Masukkan login ID yang telah didaftarkan
- Klik menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen yang diterima.
- Klik “Penyata Akaun ” > Bulan Februari 2022 atau “Transaksi Terkini”
Bagi anda yang pertama kali nak daftar Tabung Haji Online atau THijari, anda boleh rujuk artikel ini :
TABUNG HAJI ONLINE THiJARI APLIKASI DIGITAL
Di dalam artikel Tabung Haji Online boleh transfer guna semua Bank, saya ada tunjukkan cara untuk deposit duit menggunakan online banking.
Kenapa Duit Dalam Tabung Haji Tak Perlu Bayar Zakat?
Saya tertarik dengan komen salah seorang netizen di laman facebook Tabung Haji bertanyakan masalah ini. Fikirnya, boleh jadi pendeposit tak sampai pun amount cukup nisab yang memerlukan dia bayar zakat, jadi kenapa Tabung Haji perlu tolak zakat untuk dia juga?

Daripada penerangan oleh Tabung Haji, fahamlah kita bahawa apabila kita meletakkan duit kita dalam Tabung Haji, kita telah menjadikan Tabung Haji sebagai wakil kita (kontrak wakalah) yang akan menguruskan duit kita, menguruskan perniagaan dan keuntungan atau zakat yang akan dikenakan adalah berdasarkan kepada perniagaan yang Tabung Haji uruskan secara keseluruhannya. Maka, itulah zakat yang telah dibayar.
Senang cerita, apabila kita letak duit dalam Tabung Haji, kita bukannya menyimpan akan tetapi kita berniaga.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita mengeluarkan duit kita daripada Tabung Haji, maka duit yang kita keluarkan itu kemudiannya akan tertakluk kepada syarat-syarat wajib zakat iaitu islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul dan berkembang yang perlu dikeluarkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syarat tersebut.
Soalan Lazim Tentang Agihan Pendapatan Tabung Haji
Sebagai pendeposit Tabung Haji, sudah pasti banyak persoalan timbul berkenaan agihan keuntungan Tabung Haji ini.
Berdasarkan carian saya persoalan-persoalan tersebut telah terjawab dalam website Tabung Haji itu sendiri. Boleh rujuk link dibawah:
Soalan Lazim Agihan Keuntungan TH 2022
Bagaimana Pula Kesnya Zakat Untuk ASB?
ASB atau amanah saham bumiputera adalah dikategorikan sebagai simpanan. Untuk pengiraan zakat ASB ini ia melibatkan beberapa faktor yang lebih kompleks, dan saya akan kupas dalam artikel lain.