Tabung Haji Online boleh transfer guna semua Bank
Tabung Haji Online bermanfaat kepada pengguna Online Banking
Tabung Haji Online membantu ramai dalam kalangan kita menyimpan tanpa perlu keluar rumah atau menghabiskan masa menunggu turn untuk ke kaunter.
Bagi sesiapa yang mahu menyimpan dalam Tabung Haji sekarang dah ada cara lebih mudah.
Hanya terus transfer melalui mana-mana online banking yang masih aktif.
Transfer Tabung Haji Online guna Maybank2u
Ikuti beberapa langkah mudah transfer Tabung Haji online dengan Maybank2u oleh Noor Ain Norman
Anda perlu daftar dahulu akaun Tabung Haji 15 digit anda di mesin ATM maybank berdekatan.
1. Masukkan kad Maybank dalam mesin ATM. Kemudian masukkan nombor pin.
2. Pilih menu Tabung Haji (TH)
3. Pilih Daftar Akaun TH ke ATM Kad
4. Masukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji
Selepas selesai daftar, Login ke Maybank2u.
1. Klik pada Pay & Transfer
2. Cari menu Tabung Haji
3. Pilih Own Tabung Haji
4. Klik Tabung Haji Account yang tertera. Pastikan Nombor akaun Tabung Haji tersebut adalah betul milik anda.
5. Masukkan jumlah Transfer Amount yang dikehendaki. Bahagian Reference boleh isikan apa-apa description yang anda mahu. Atau boleh juga abaikan.
6. Klik Request dan masukkan TAC. Seterusnya klik Confirm. Selesai!
Maybank2u juga mempunyai kemudahan semak baki simpanan Tabung Haji online anda.
1. Klik Account & Banking
2. Cari menu Tabung Haji
3. Pilih Balance Inquiry
Transfer Tabung Haji Online guna CIMB Clicks
Bagi yang menggunakan CIMB Clicks, ikuti langkah oleh Ain Zaabar
1. Login
2. Pergi ke Pay > Bills
3. Search ‘Tabung Haji’. Pilih LEMBAGA TABUNG HAJI
4. Isi details
Sila rujuk gambar
Transfer Tabung Haji Online guna RHB Online Banking
Untuk RHB online Banking juga langkahnya lebih kurang seperti CIMB Clicks.
1. Login
2. Pay Bills
3. Open Payment
4. Search ‘Tabung Haji’
5. Isi details. Di bahagian Payee masukkan nama
Sumber: Ain Zaabar
Transfer Tabung Haji Online guna BIMB Online Banking
Kepada yang menggunakan BIMB juga ada cara untuk transfer ke Tabung Haji online.
1. Login
2. Fund Transfer. Pillih Tabung Haji
3. Isi details. Klik Transfer
4. Request i-Access code
5. Confirm
Lepas tahu langkah-langkah mudah transfer Tabung Haji online, semakin mudahlah untuk kita buat simpanan dalam Tabung Haji.
Malah boleh jimat masa, tenaga dan minyak juga dengan platform simpanan online seperti ini.
Platform MPlus Saham
Kalau nak tahu dalam pelaburan saham pun ada platform canggih juga tau.
Pelabur boleh buat kajian dan jual beli saham secara online tanpa perlu berurusan di kaunter syarikat broker atau remisier lagi.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.