TABUNG HAJI ONLINE THiJARI
| | |

TABUNG HAJI ONLINE THiJARI APLIKASI DIGITAL

TABUNG HAJI ONLINE THiJARI

Tabung haji Online THiJARI sangat membantu masyarakat terutamanya kepada pemegang akaun tabung haji sendiri.

Dikala semua servis sekarang kebanyakannya beralih kepada akses digital, Tabung Haji juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan Online THiJARI.

Apa itu THiJARI?

THiJARI adalah satu Aplikasi yang diperkenalkan oleh Tabung Haji bagi memudahkan pemegang akaun mengakses Akaun Tabung Haji secara Online.

Aplikasi ini membolehkan pengguna menguruskan semua hal berkaitan tabung haji tanpa sempadan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kenapa perlu guna Tabung Haji Online THiJARI?

Kepada pemegang akaun tabung haji yang terpaksa keluar rumah untuk berurusan di kaunter akan lebih mudah dengan THiJARI kerana tidak perlu lagi keluar.

Teknologi digital THiJARI yang dilancarkan oleh Tabung haji ini membolehkan pendeposit dan Jemaah haji dapat berurusan dengan cepat dan menjimatkan masa.

Apa yang bestnya THiJARI ini?

THiJARI menyediakan perkhidmatan seperti:

1. Semua urusan berkaitan Deposit.

Sebagai contoh, anda boleh semak baki, pindahkan wang, penyata akaun termasuk dividen dan bonus tahunan serta kemaskini akaun.

2. Urusan berkaitan Haji.

Contohnya semakan status haji, pendaftaran haji, slip pendaftaran haji dan surat jadual penerbangan.

3. Melakukan urusan berkaitan Kelab Taha seperti status pendaftaran.

Cara Daftar Tabung Haji Online THiJARI

Ikut langkah dibawah untuk mendaftar Tabung Haji Online THiJARI.

LANGKAH 1:

Sebelum menggunakan perkhidmatan THiJARI, pendeposit perlu kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu seperti Nombor Kad Pengenalan, Nombor Akaun Tabung Haji, Nombor telefon dan lain-lain di mana-mana Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

Paling penting sekali pastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul supaya Nombor TAC dapat dihantar ke nombor telefon anda.

LANGKAH 2:

Pergi ke Laman Web Rasmi THiJARI dan daftar.

LANGKAH 3:

Masukkan 3 maklumat yang diperlukan:

1. Kad Pengenalan

2. Nombor Akaun Tabung Haji

3. Jika sepadan dengan details yang telah didaftarkan, masukkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan semasa di kaunter tadi

LANGKAH 4:

Semak maklumat yang telah dimasukkan tadi. Kemudian sahkan dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda.

LANGKAH 5:

Seterusnya isikan butiran yang diperlukan.

LANGKAH 6:

Anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI.

KESIMPULAN

Maka daftarlah THiJARI sekarang!

Tak perlu lagi keluar rumah, jimat masa, dapat akses tanpa sempadan dan semuanya di hujung jari sahaja.

Namun kepada pengguna Online Banking, anda masih boleh transfer duit menggunakan Tabung Haji Online untuk semua jenis bank.Tetapi tidak selengkap seperti Aplikasi Tabung Haji Online THiJARI ini.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.

Similar Posts