Supermax Corp Bhd telah mencapai Super Duper!
Supermax Corp Bhd mengeluarkan First Quarter Report pada 27 Oktober

Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai syarikat Supermax Corp Bhd yang telah mengeluarkan quater report pada 27 Oktober (Q1). Prestasi sesebuah syarikat itu sangat memberi kesan kepada pasaran ekonomi. Begitu juga dengan demand dan supply yang akan memberi impak dalam pasaran Bursa Malaysia.
Jika sebelum ini MR DIY dan Econframe Bhd telah menjadi isu semasa kerana telah memasuki Bursa Malaysia walaupun semasa pasaran agak merudum.
Manakala, untuk isu semasa pada hari ini 28 Oktober saya nak share dengan anda semua mengenai satu syarikat yang membuat barangan dan alat kesihatan iaitu healthcare equipment yang telah mengeluarkan quarter report nya pada 27 Oktober 2020.
Syarikat itu adalah Supermax Corp Bhd. Berikut gambar di bawah ialah corporate information mengenai syarikat ini.

Kenaikan keuntungan bersih sebanyak 3.090%

Berikut gambar di atas ialah Supermax Quater Report yang anda boleh lihat di MalaysiaStock.Biz. Melalui info ini anda boleh lihat bagaimana prestasi syarikat ini dan anda boleh membuat kajian untuk membeli saham dari syarikat ini.
Supermax Corp Bhd telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih tahun ke tahun sebanyak 3.090% kepada RM789.52 juta untuk suku pertama yang berakhir pada 30 September
Ia telah mencatatkan margin keuntungan bersih tertinggi sebanyak 60.1% pada suku tersebut.
Jika sebelum ini quater report Q1 pada 28 Nov 2019 telah menunjukkan penurunan YoY kepada 31% manakala untuk quater report kali ini ia telah menunjukkan peningkatan kepada 3.090%.
Akibat daripada peningkatan terhadap permintaan yang mendadak di seluruh dunia berikutan wabak COVID-19 telah menyebabkan pendapatannya mencecah sebanyak RM1.35 bilion.

Laporan Bursa Malaysia
Berdasarkan laporan kepada Bursa Malaysia, pembuat sarung tangan juga melihat kenaikan harga jual rata-ratanya pada setiap bulan bermula pada bulan Mac.
Perkara ini melibatkan kedua-dua pihak iaitu bahagian pembuatan dan pengedarannya.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada prestasi yang baik terhadap syarikat Supermax. Antaranya ialah:
Manakala, alat pelindung diri (PPE) seperti masks, sanitisers, gowns dan face shields dari syarikat subsidiari luar negeri dan pusat pengedaran telah meningkat penjualannya.
Supermax mempunyai kedudukan tunai bersih berjumlah RM2.36 bilion pada 30 September, ia hasil daripada kutipan yang tinggi dari peningkatan penjualan.
Hasil ini juga datang dari pelanggan yang telah membayar deposit antara 30% dan 50% untuk mendapatkan bekalan.
Produknya juga dijual ke lebih dari 165 negara dan 58% pengeluarannya di bawah jenama sendiri dieksport melalui pusat pengedaran.
Manakala, Independent distributors (40%), sementara selebihnya untuk original equipment manufacturer production (2%)
Perancangan Supermax Corp Bhd
Dalam satu kenyataan semalam, Supermax mengatakan pihaknya telah membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaannya.
Antaranya ialah membina sejumlah 5 kilang pembuatan sarung tangan sama ada pada masa sekarang dan pada tahun 2022.
Berkatanya:
“Ini akan menghasilkan production tambahan sebesar RM22,25 billion, menjadikan jumlah ia sebanyak RM48,42 billion sarung tangan pada akhir tahun 2022″.
Selain itu, Supermax akan melaburkan sejumlah perbelanjaan modal sebanyak RM1.39 bilion untuk kilang baru, ”katanya.
Akibat gangguan rantaian bekalan PPE dan permintaan yang berlebihan terhadap import di seluruh dunia.
Supermax merancang untuk melabur pendapatan yang diperoleh ke negara-negara di mana ia beroperasi terutamanya di A.S dan U.K
Kesimpulan
Syarikat Supermax sedang berada dalam tahap perancangan dan ia akan memulai projek dengan A.S dan U.K pada separuh pertama 2021. Ia membuat sasaran untuk beroperasi secara berperingkat mulai pada penggal pertama 2022.
Selain itu, syarikat ini juga mungkin akan dual listing di Bursa Saham Singapura. Dapat kita lihat syarikat ini mempunyai perancangan yang bijak.
Akhir kata, moga artikel ini bermanfaat untuk anda!
Teruskan membuat kajian yang bijak untuk pelaburan yang baik pada masa akan datang.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ingin tahu lebih banyak isu semasa?
Anda boleh ikuti kami di Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dan isu semasa dari kami.
Salam sejahtera. Assalamualaikum.