Strategi Pemulihan Ekonomi Selepas Covid-19
Malaysia tersenarai sebagai lima buah negara yang menjadi destinasi tumpuan pelaburan dan perniagaan utama semasa tempoh pemulihan ekonomi. Pelbagai strategi dapat dibentuk untuk proses pemulihan ekonomi.
Kerajaan berperanan penting dalam mengatur strategi pemulihan ekonomi akibat kesan penularan Covid-19 yang telah bermula pada hujung tahun 2019 yang lalu.
Strategi pemulihan ekonomi perlu mengambil kira prospek di peringkat global.
Cabaran Pemulihan Ekonomi
Dalam mendepani cabaran pemulihan ekonomi semula untuk melandaikan keluk kes jangkitan Covid-19. Semua pihak pasti mendepani dengan masalah ketidakpastian sama ada bila penularan Covid-19 ini dapat di akhiri.
Sektor kewangan, pasaran bon dan pasaran ekuiti bagi negara Malaysia menjadi penggerak bagi proses pemulihan ekonomi. Hal ini bagi menampung kos dan belanjawan negara akibat penularan Covid-19.
Selain itu juga, keberkesanan perlaksanaan program vaksinasi juga merupakan suatu ketidakpastian ekonomi bagi mendepani cabaran Covid-19.
Selain itu, menyakinkan orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 juga merupakan cabaran kepada negara untuk membendung penularan Covid-19.
Fitch Rating: Penarafan RM

Bagi menjamin keseimbangan kedudukan ekonomi semasa Covid-19, perancangan polisi fiskal pihak kerajaan perlu dikaji setiap masa.
Hal ini untuk membantu golongan rakyat dalam kategori golongan rentan yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Strategi pengukuhan fiskal sewaktu Covid-19 melalui penurunan taraf (downgrade rating) Ringgit Malaysia dari A- kepada BBB+ oleh Fitch Rating adalah disebabkan oleh krisis Covid-19.
Hal ini sekali gus membantu kewangan rakyat dan perniagaan untuk mampu menampung kos sara hidup dengan meningkatkan bebanan fiskal kerajaan.
Selain itu, penurunan penarafan Ringgit Malaysia oleh Fitch juga disebabkan oleh metrik hutang Malaysia yang naik kepada 76% pada tahun 2020 dari KDNK berbanding 65.2% tahun 2019.
Polisi Pelaburan Berkualiti

Kadar Bunga Semalaman OPR kini adalah 1.75%. OPR ini dilihat stabil bagi membantu pemulihan ekonomi Malaysia oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR yang rendah akan mempengaruhi kadar pinjaman yang rendah untuk menggalakkan orang ramai melakukan pinjaman bagi mengelakkan orang ramai menyimpan semasa kemelesetan ekonomi.
Program vaksinasi dilihat suatu strategi baik untuk memulakan langkah pelabur domestik dan asing untuk berani melakukan aktiviti ekonomi semula dan menggalakkan pembukaan semula ekonomi.
Literasi Kewangan
Orang ramai sangat digalakkan dengan pendedahan ilmu pelaburan dan pembelajaran ilmu literasi kewangan untuk membantu orang ramai melakukan pelaburan dalam masa jangka masa pendek seperti pinjaman moratorium dan pengeluaran i-Sinar.
Kesimpulan
Ketahanan ekonomi merupakan elemen penting untuk berjaya mendepani cabaran dan mengatur strategi pemulihan ekonomi Malaysia.
Anda Newbies dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.