stop limit

Cara Nak Gunakan Stop Limit Mplus

Apa Itu Stop Limit Order?

Jika anda menggunakan platform Mplus mempunyai 2 jenis limit setup iaitu Limit dan Stop Limit.

Fungsi ‘LIMIT’ adalah yang selalunya pelabur guna untuk que buy (Entry Price, EP) dan que sell (Take Profit, TP).

Manakala fungsi ‘STOP LIMIT‘ pula adalah untuk strategi Buy On Breakout (BOB) untuk buy dan Cut Loss (CL) untuk sell.

Dalam artikel sebelum ini saya dah terangkan berkaitan Trading Plan 3 perkara wajib faham dimana Entry Price (EP), Take Profit (TP) dan Cut Loss (CL).

Jadi dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan pula macam mana cara untuk set Cut Loss/Stop Loss/Stop Limit.

Stop Limit Buy & Limit Buy

  1. Limit Buy adalah cara buy biasa yang digunakan untuk que buy.Masukkan Bilangan Lot, Entry Price dan Send Order.Apabila dah matched order nanti anda boleh semak di portfolio anda.
  2. Stop Limit Buy pula adalah cara buy tanpa perlu monitor market kerana mahu menggunakan Strategi Buy On Breakout (BOB).Syaratnya, nilai Stop Price mestilah lebih tinggi dari harga semasa.Sebagai contoh harga semasa saham Y RM2.29, anda que Stop Price RM2.33 katakan.Ada 2 cara setup Stop Limit Buy. Cara Pertama letakkan nilai PRICE dan STOP PRICE SAMA, RM2.33

    Jadi disini sistem akan que terus pada harga RM2.33

    Cara Kedua, letak nilai PRICE LEBIH TINGGI DARI > STOP PRICE.Contohnya, nilai PRICE RM2.33 dan STOP PRICE RM2.32.

     

    Maksudnya disini apabila harga menaik dan sentuh paras RM2.32, sistem akan que order buy pada harga RM2.33

    Stop Limit ini bagi yang menggunakan strategi BOB sahaja. Jika anda tak tahu strategi ini jangan gunakan setup ini.

 

Stop Limit Sell & Limit Sell

  1. Limit Sell adalah cara sell biasa yang digunakan untuk que sell.Masukkan Bilangan Lot, Harga untuk Take Price dan Send Order.Apabila dah matched order sell nanti anda boleh semak di Order Status anda.
  2. Stop Limit Sell pula adalah digunakan untuk Cut Loss.Syaratnya, nilai Stop Price mestilah lebih rendah dari harga semasa.Sebagai contoh harga semasa saham Y RM2.29, anda que Stop Price RM2.26 katakan.Ada 2 cara setup Stop Limit Sell. Cara Pertama letakkan nilai PRICE dan STOP PRICE SAMA, RM2.26
    stop limit

    Jadi disini sistem akan que harga RM2.26. Jika harga saham menurun ke paras RM2.26 ia akan terus terjual harga tersebut.


    Cara Kedua, letak nilai PRICE LEBIH RENDAH DARI < STOP PRICE.

    Contohnya, nilai PRICE RM2.25 dan STOP PRICE RM2.26.

    Maksudnya disini apabila harga menurun dan sentuh paras RM2.26, sistem akan que order sell pada harga RM2.25

    Stop Limit ini untuk anda set Cut Loss (CL) manakala Limit Sell tadi untuk set Take Profit (TP).

    stop limit

 

Kesimpulan

Selepas ini anda boleh cuba gunakan fungsi Stop Limit Sell pada Platform tuan/puan untuk Cut Loss.

Di ingatkan juga setup untuk Platform Mplus hanya boleh set salah satu sahaja dalam satu masa.

Maksudnya, jika anda sudah beli saham Y kemudian nak set untuk TP dan CL serentak untuk saham Y. Maaf Platform Mplus TIDAK BOLEH set serentak dalam satu masa. Set salah satu sama ada anda nak TP atau CL.

Anda belum ada akaun CDS Mplus? Buka Akaun CDS Mplus bersama saya sekarang.

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat.

Similar Posts