Status IPO Saham – Istilah Saham
Bagi pemohon IPO pasti teruja nak tahu status IPO korang kan. Terutamanya yang first time mohon tu.
Jadi untuk tahu status IPO anda dapat atau tidak, fahamkan 5 maksud istilah dalam ipo ini.
Dalam artikel ini akan menerangkan status IPO yang muncul di Online Banking anda untuk tahu sama ada anda dapat IPO tersebut atau tidak.
Maksud Status IPO Saham

1. Waiting List – Berjaya mengikut berapa successful tetapi proses refund sedang berjalan bagi portion yang tidak berjaya
2. Cleared -Anda adalah yang bertuah kerana mendapat 100% IPO tersebut
3. Auto Reserved -Berjaya mengikut berapa banyak Partial/ Successful Amount dan refund juga telah dibuat (Reimburse Amount).
Lihat bahagian Partial/Successful Amount berapa yang berjaya. Jika tak berjaya duit anda sepenuhnya masuk bahagian Reimburse Amount mengikut jumlah yang anda mohon.

4. Unsuccessful – Maaf tidak berjaya. Cuba lagi IPO akan datang.

5. Pending – Proses agihan masih sedang berjalan. Sila sabar menunggu duit anda sedang dalam proses di refund.

Kenapa beli saham IPO?
IPO adalah Primary Market sebelum saham didagangkan di Bursa Malaysia.
Keuntungan saham hari pertama listing di Bursa Malaysia adalah tinggi. Kebiasaannya sekitar 5%-20% keuntungan atau lebih lagi.
Jadi ramai yang ambil kesempatan IPO ini untuk mendapatkan keuntungan hari pertama listing saham tersebut.
Kesimpulan
Jadi sekarang anda sudah boleh tahu status IPO anda selepas mohon di Online Banking.
Bagi newbie yang belum pernah mohon IPO, boleh baca cara mohon ipo secara Online Banking di:
Selepas memohon ipo, anda boleh baca pula berkaitan Balloting Result.
Untuk mohon IPO wajib ada akaun CDS. Belum ada akaun CDS? Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Anda juga boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.