Speculative Stock

Apa itu Speculative Stock?

Speculative stock atau saham spekulasi ialah jenis saham yang sering menjadi sasaran spekulator untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran saham. Saham spekulasi ini mempunyai harga yang volatility iaitu kenaikan dan penurunan harga saham yang tidak menentu.

Hal ini disebabkan oleh ketidakpastian dalam dapatan berita atau rumours yang dapat mempengaruhi turun naik harga saham dengan secara mendadak.

Anda boleh baca artikel jenis saham di Bursa Malaysia. Klik sini.

Market share and competitor for excellent growing with stocks Free Photo
Kredit gambar: Freepik

Ketidakpastian berita atau rumours sesuatu kaunter saham syarikat dalam penentuan harga saham adalah saham spekulasi.

Kenaikan harga saham spekulasi ini tidak disokong oleh analisis fundamental. Dalam kata lain, saham spekulasi ini akan bergerak mengikut tindak balas pasaran yang akan menjadikan ia saham lebih berisiko tinggi.

Bagi pelabur runcit, terdapat daripada mereka yang menjadikan saham spekulasi sebagai pilihan. Hal ini bagi mengambil peluang untuk mendapatkan pulangan saham yang menguntungkan

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa saham ini sangat berisiko tinggi. Semakin tinggi pulangan saham, semakin tinggi risiko pulangan.

Buy on rumours sell on news akan mempengaruhi pergerakan harga saham sama ada berita baik, harga saham naik dan berita buruk, harga saham turun.

Contoh kenaikan harga saham disebabkan berita baik atau good news ialah dari 20 sen dan 30 sen harga saham naik sehingga RM 1. Kenaikan harga saham secara mendadak ini merupakan saham spekulasi.

Manakala penurunan harga saham disebabkan berita buruk atau bad news dari RM 1.20 turun sehingga 40 sen.

Hal ini menunjukkan bahawa bad news bertindak balas menolak rumours. Keadaan ini menyebabkan harga saham jatuh tanpa sebarang analisis fundamental.

Ciri-ciri Saham Spekulasi

Man dressed with arrows over his head Free Photo
Kredit gambar: Freepik

Unsur Ketidakpastian

Ketidakpastian dan ketidaksahihan berita berkaitan pasaran saham yang memungkinkan kenaikan harga saham dan penurunan harga saham merupakan antara ciri saham spekulasi.

  • Penny Stocks

Penny stocks adalah merupakan contoh bagi saham spekulasi yang mempunyai harga saham yang murah untuk dibeli oleh para pelabur runcit.

Keadaan ini boleh dibuktikan apabila pelabur runcit gemar akan harga saham yang murah. Selain dapat memberi peluang kepada institusi jerung untuk memanipulasi saham yang berharga rendah.

Penny stock tidak mempunyai analisis fundamental yang kukuh untuk dijadikan petunjuk bagi kajian saham yang baik.

Hal ini memnunjukkan penny stocks adalah saham yang bersifat spekulasi.

  • Chart Berbentuk Parabolic

Saham spekulasi ini mempunyai analisis teknikal yang membentuk chart parabolic. Ini akan menunjukkan bentuk kenaikan harga saham naik sehingga 90⁰ dan ke atas atau ke bawah.

  • Chart berbentuk V Top/ Blowoff

Chart berbentuk V top akan menyebabkan kenaikan harga saham dan penurunan harga saham secara mendadak sehingga dapat membentuk chart V.

Keadaan ini menyukarkan mereka untuk membuat kajian saham bagi menentukan support harga saham.

Kelebihan Saham Spekulasi

Ianya dapat memberi pulangan yang lumayan jika menggunakan teknik analisis yang betul berdasarkan analisis teknikal dan news bagi kajian saham anda.

Tanpa disokong oleh analisis fundamental.

Keburukan Saham Spekulasi

Saham spekulasi ini adalah jenis saham yang sangat berisiko tinggi kerana tidak mempunyai analisis fundamental yang kukuh dan hanya bergantung kepada rumours.

Kesimpulan

Walaupun saham spekulasi berisiko tinggi namun, ia mempunyai permintaan yang tersendiri dalam pasaran kerana ia menjanjikan pulangan saham yang tinggi.

Namun begitu, ramai pelabur yang sering mengalami kerugian kerana tidak dapat mengenalpasti kenaikan harga saham dengan baik.

Oleh itu, kajian saham sangat penting untuk dilakukan terlebh dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Untuk mengetahui dan perlukan bahan bacaan selanjutnya berkaitan jenis stock di pasaran?

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

https://www.youtube.com/watch?v=UTLM-WAFSc4

Similar Posts