SimplySiti nak masuk Bursa
|

SimplySiti nak masuk Bursa, betul ke?

SimplySiti nak masuk Bursa, betul ke?

Jenama SimplySiti memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka ini.

Sekali sebut pasti sudah ramai yang tahu.

SimplySiti sasar penyenaraian di Bursa Malaysia

SimplySiti sedang mencari peluang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai menyokong aspirasinya menjadi jenama global.

Pengasas SimplySiti Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang juga merupakan penyanyi no 1 Malaysia ini merancang mahu memperkenalkan 70 jenis produknya dalam pasaran kukuh yang mempunyai 271 juta penduduk.

Datuk Siti turut menyatakan bahawa beliau telah menetapkan sasaran untuk memasuki pasaran Indonesia memandangkan penduduk Indonesia dilihat berpotensi besar bagi memanfaatkan pasaran peminat.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azuddin Abdul Rahman mengumumkan syarikat itu menyasarkan dan berusaha ke arah mencapai jualan hampir RM60 juta pada tahun depan.

Beliau berkata lagi, syarikat itu akan memasuki pasaran Indonesia pada bulan hadapan dan berhasrat mahu meluaskan perniagaannya ke peringkat global menjelang 2020.

Selain platform dalam talian, SimplySiti juga akan dijual di tempat-tempat lain seperti Watsons dan Transmart.

Sejak 2017, SimplySiti telah menjana sebanyak 42% daripada jualannya melalui platform e-dagang seperti Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho turut berkata 70% daripada pengguna Shopee adalah terdiri daripada wanita dan mereka kebanyakannya banyak membeli dari segmen ‘Health & Beauty’ sekaligus menjadikannya sebagai salah satu kategori yang paling popular di platform Shopee.

Selain itu, Ho juga akui jenama SimplySiti sangat bagus dan menjadi salah satu faktor mereka memilih syarikat itu untuk bekerjasama.

Di Malaysia sahaja terdapat sejumlah 20 juta pengguna Shopee manakala Indonesia pula sebanyak 80 juta keseluruhannya.

Kerjasama ini juga memberi peluang kepada peminat SimplySiti sendiri untuk ‘meet and greet’ bersama Datuk Siti dengan konsert mininya dan melancarkan tawaran produk yang menarik.

Promosi Super Brand SimplySiti Shopee akan diadakan dari 2 hingga 7 Ogos ini.

Selain itu, Shopee X SimplySiti Mini Concert akan berlangsung pada 14 September serta minum petang bersama Datuk Siti.

Acara ini adalah dengan kerjasama CIMB Islamic Bank.

Sumber: Metro

Syarikat-syarikat yang baru IPO 2019

Sepanjang tahun 2019 ini sahaja, telah banyak syarikat yang IPO dan telah pun tersenarai dalam Bursa.

Antaranya seperti HPMT Holding Berhad, Greatech Technology Berhad, Mestron Holdings Berhad, Tashin Holdings Berhad, I-Stone Group Berhad, Kim Hin Joo Berhad, UWC Berhad dan banyak lagi.

Kenapa syarikat-syarikat ini mahu IPO?

Salah satunya adalah untuk mengumpulkan dana bagi mengembangkan bisnes mereka.

Proses IPO

Tahukah anda bahawa setiap syarikat perlu melalui proses IPO terlebih dahulu sebelum ia boleh diniagakan dalam Pasaran Bursa.

Sepanjang proses IPO ini, syarikat perlu mendapatkan kelulusan para pemegang saham semasanya iaitu pelabur yang memiliki saham tersebut.

Kemudian, auditor dan peguam syarikat mestilah mengesahkan semua dokumen pendedahan kewangan untuk syarikat adalah sah.

Syarikat itu kemudiannya perlu mendapatkan sebuah bank pelaburan yang bersedia untuk underwrite tawaran tersebut.

Seterusnya bank ini bertanggungjawab untuk mempromosikan saham syarikat dan memudahkan penjualan saham-saham syarikat IPO ini.

Pengunderitan juga akan turut membawa bank pelaburan yang lain bagi membantu memasarkan saham syarikat tersebut.

Beginilah sedikit sebanyak perjalanan dalam proses IPO.

Jika anda juga salah seorang usahawan yang berjaya seperti SimplySiti ini dan merancang menawarkan untuk jualan awam (public), anda juga boleh mendaftarkan dan mendapatkan kelulusan dari Securities and Exchange Commision (SEC).

Agensi pengawalseliaan persekutuan ini perlu mengesahkan kesesuaian dan ketepatan maklumat yang diberikan kepada bakal pelabur.

Disamping itu, tugas SEC ini juga mengawal selia pasaran sekuriti.

Similar Posts