Log In Ke Akaun Mplus

Simbol Dan Warna Dalam Platform Trading

Di sebelah nama kaunter atau nama saham yang ada dalam platform trading, kadang-kadang ada simbol pelik yang muncul. Kegagalan untuk faham simbol atau warna ini akan mendedahkan anda kepada risiko yang tak perlu.

Berikut adalah simbol yang ada dalam platform :

  • = News/ Announcements
    o = Syariah counters
    ! = PN17/ PN4/ GN3 counters, active with alert announcement
    C = Cum Entitlements for the Company
    X = Ex Entitlements for the Company
    F = Frozen
    R = Reserved
    S = Suspended

Simbol-simbol ini selalunya sama hampir di kebanyakan platform, sebab software house yang hasilkan program untuk broker-broker yang ada adalah sama.

Supplier Kepada Platform Trading Yang Digunakan Oleh Broker

Di Bursa Malaysia, secara umumnya dari waktu saya mula jadi remisier 6 tahun lalu hinggalah sekarang, saya nampak ExcelForce sahaja. N2N pun dah ada waktu tu… dan saya fikir masih ada sampailah sekarang.

Namun demikian wujud juga broker-broker baru yang cuba bersaing mendapatkan perhatian para pelabur seperti Rakuten dan Standard Chartered. Dengan itu diharapkan broker-broker di Malaysia dapat tingkatkan servis bagi memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pelabur atau pedagang.

Kepentingan Ingat Simbol-simbol berkaitan Saham

Yang pertama dan selalu saya buat adalah nak tengok kaunter itu patuh shariah atau pun tidak. Cuba elakkan kaunter yang ada simbol C jika anda memang tak bercadang membeli kaunter yang nak berikan dividen. Kalau anda memang penggemar strategi dividen, kaunter yang ada simbol C sesetengah daripada mereka akan memberikan dividen dalam masa terdekat. Boleh masukkan dalam watchlist dan buat kajian anda sendiri.

Kadang-kadang ada yang terkejut tiba-tiba saham yang dipegang sedia ada dalam portfolio sudah berubah unit, atau berubah harga dengan mendadak. Untuk itu, sila lihat ada tak simbol X pada nama kaunter. Ini menunjukkan syarikat telah melakukan corporate exercise, di mana syarikat mungkin membuat share split, bonus issue, beri dividen, share consolidate atau pun beri right issue.

Jika anda hendak beli saham untuk dapatkan corporate exercise seperti yang saya sebutkan di atas, anda perlu membeli sebelum nama kaunter mempunyai simbol X.

Kaunter yang ada simbol ! adalah syarikat yang ada masalah dari dengan Bursa Requirements, ia sama ada dikategorikan sebagai PN17 atau GN3.

Warna Dalam Platform Trading

Berkaitan wujudnya warna dalam platform trading, boleh rujuk gambar di bawah yang saya petik daripada https://thekapital.my/fahami-simbol-simbol-dan-warna-berbeza-yang-ada-di-platform-trading/

Itu adalah penerangan ringkas berkaitan warna-warna yang ada. Di bawah adalah contoh seperti di dalam platform :

Contoh dalam portfolio Mplus

NADIBHD dan ORGABIO adalah saham dalam pasaran ACE, manakala PETDAG dan PCHEM adalah saham dalam Main Market.

Jika dilihat,PCHEM harga Last berwarna hijau – lebih tinggi dari closing price semalam manakala putih tidak berubah dan merah harga adalah lebih rendah dari closing price semalam.

Untuk warna transaksi, itu memerlukan satu artikel lain yang akan saya kongsikan kemudian.

Similar Posts