susu teapot
| | |

Siapa Pemilik Syarikat Susu Teapot?

Susu Teapot

Susu Teapot merupakan sebuah jenama susu yang boleh dikata Legend pada hari ini.

Kenapa?

Kerana jika ke pasaraya atau kedai runcit biasanya jarang masyarakat memilih jenama ini berbanding susu lain seperti Marigold, Goldcoin, Dairy Champ, Saji dan banyak lagi.

Walaupun begitu, susu teapot sekarang telah mengeluarkan produk yang lebih moden dengan wrapping  dan packaging yang berbeza.

Nak tahu produk apa?

Tak lain dan tak bukan ianya adalah susu tube viral!

Susu Teapot Tube

Perasan atau tidak hari ini susu teapot tube sangat popular dipasarkan dengan saiznya yang mudah dibawa kemana-mana dan harganya yang mampu milik.

Dengan cara penggunaannya yang lebih fleksible memudahkan pengguna untuk menikmati makanan dengan cepat dan menjimatkan masa.

Sumber: Peniaga Susu Tube Teapot di Shopee

Kebiasaannya, pengguna akan menggunakan susu tube ini semasa menikmati makanan ringkas seperti roti, churos, pancake, waffle dan lain-lain.

Produk ini didatangkan dengan pelbagai jenis perisa. Antara perisa yang boleh didapati seperti strawberry, coklat, original, pandan, gula melaka dan banyak lagi.

 Susu teapot milik siapa?

Susu jenama teapot adalah milik syarikat F&N yang sangat dikenali pada hari ini.

Syarikat Fraser & Neave Holding Bhd bermula apabila dua orang usahawan iaitu John Fraser dan David Chalmers Neave yang bekerjasama membentuk Syarikat Air.

Pada mulanya idea mereka adalah mahu menghasilkan minuman ringan berkarbonat.

Namun sekarang telah pun menjadi salah satu syarikat gergasi makanan dan minuman, F&N.

Jika dilihat dari sejarah syarikat ini nama F&N berasal daripada 2 pengusaha yang pertama membangunkan syarikat ini iaitu, Fraser & Neave.

Hari ini Syarikat F&N adalah antara yang tertua, terkenal dan paling berjaya bukan sahaja di Malaysia malah turut beroperasi di Singapura.

Produk Fraser & Neave Holding Bhd

Antara jenama dibawah syarikat Fraser & Neave Holding Bhd termasuklah 100Plus, Ice Mountain, Seasons, Oishi Green Tea, Magnolia, Farm House, Nutri Soy, dan banyak lagi.

Syarikat F&N mengeksport produknya ke lebih 70 negara di seluruh dunia termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Filipina, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika.

Selain itu, F&N merupakan syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dengan perolehan melebihi RM 4 billion setahun.

Ianya hasil daripada perniagaan utamanya dalam pembuatan, penjualan dan pemasaran produk minuman dan tenusu.


Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Malaysiastock.biz

Secara ringkasnya kewangan syarikat ini menunjukkan prestasi yang stabil dari tahun 2015 hingga 2019 iaitu sekitar 4 billion.

Saham Fraser & Neave Holding Bhd

Harga saham F&N hari ini, 30 Disember 2019 tutup pada paras RM 34 seunit.

Dan ianya adalah saham Patuh Syariah di Bursa Malaysia.

Sumber: Bursa Marketplace

Disamping itu, syarikat ini juga telah mengumumkan untuk memberikan dividen akhir tahun 2019 sebanyak RM0.33 seunit.

Kepada pemilik saham ini layak mendapat dividen saham F&N bergantung seberapa banyak pegangan yang dimilikinya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan dividen syarikat F&N perlu memiliki saham ini dengan membelinya selewat-lewatnya sehari sebelum Ex-Date iaitu sebelum 22 Jan 2020.

Sebagai pelabur anda perlu tahu bilakah tarikh dan masa yang perlu diberi perhatian supaya mendapat manfaat dalam pasaran saham.

Sumber: Malaysiastock.biz

Kesimpulan

Dalam Bursa Malaysia terdapat pelbagai saham makanan dan minuman lain yang Patuh Syariah.

Contohnya seperti Ajinamoto, Apollo, Brahims, Dutch Lady, Hwatai, Kheesan, Power Root dan banyak lagi. 

Namun sebelum boleh memiliki saham-saham ini anda wajib untuk mempunyai akaun CDS terlebih dahulu.

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Jom tonton video siapa pemilik susu teapot yang telah disediakan ini sebagai info tambahan!

Similar Posts