brahims
| | | |

Siapa Pemilik Syarikat Brahims?

Brahimsfood-Brahims

Produk Brahims ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Pengasasnya, Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi.

Beliau merupakan bekas pensyarah Universiti dan pakar dalam penyelidikan makanan dan pertanian.

Jenama Brahim telah menjadi kuasa utama makanan segera di Asia Tenggara sejak tahun 1986.

Makanan yang diperkenalkan adalah berasaskan menu makanan Asia iaitu Indonesia dan Thailand.

Antara pilihan produk adalah seperti Rice Meal Light, Simmer Sauces, Sos Masakan dan Makanan Sedia Makan.

Brahim’s Holding Berhad

Syarikat Brahim’s Holding Berhad merupakan sebuah syarikat yang membekalkan makanan katering dalam penerbangan dan perkhidmatan Restoran di Lapangan Terbang.

Selain itu, Brahim’s Holding juga terlibat dalam memproses gula halus, molase untuk pembuatan kuih atau kek dan juga perkhidmatan pergudangan dan logistik.

Antara anak syarikat yang menjalankan operasi dibawah syarikat Brahim’s Holding adalah:

1- Brahims SATS Food Services Sdn Bhd

2- Dewina Host Sdn Bhd

3- Admuda Sdn Bhd

4- Tamadam Industries Sdn Bhd

Disamping itu, Dewina Food Industries Sdn Bhd iaitu kilang produk Brahims juga ditubuhkan oleh Founder Brahims sendiri.

Ianya beroperasi sebagai pembekal makanan kepada tentera dan Angkatan Bersenjata.

Produk Brahims

Kumpulan Brahims Dewina mengeluarkan produk makanan sedia dimakan dan katering industri dalam bentuk pek pengembaraan khas kepada pendaki dan pengembara bagi memudahkan perjalanan.

Ia dibungkus dalam pek mudah dan senang dibawa kemana-mana terutamanya untuk aktiviti luar dan lasak sebagai bekalan makanan.

Antara produk makanan yang berada di pasaran seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Briyani, Kari Ayam Kentang dan Kari Daging. 

brahims

Status Amalan 17 (PN17)

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Ibrahim Ahmad sedang dalam usaha menyelamatkan masalah kewangan syarikat ini dan mahu tamatkan dari status PN17 secepat mungkin.

Tahukah anda apa itu PN17 ?

PN17 adalah singkatan kepada Practice Notice 17 dimana syarikat dikategorikan sebagai bermasalah.

Jika yang dah ada akaun CDS boleh semak syarikat ini di platform trading anda.

Di platform, anda akan nampak ada tanda seru (!) pada kaunter Brahim. Maka itu merupakan amaran untuk berhati-hati daripada membeli saham ini.

Hal ini adalah kerana Brahim sekarang sedang mengalami masalah kewangan dari sudut modal atau ekuiti yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Puncanya adalah disebabkan Brahim mengalami kerugian dalam sektor penerbangan negara.

Maka perniagaan katering dalam penerbangan juga turut terjejas.

Buy Muslim First, BMF!

Walaupun tersenarai sebagai PN17, kempen BMF yang dilancarkan membuatkan ramai umat Islam memberikan komen dan pandangan positif serta menyokong kepada produk Brahims ini.

Tambahan pula, produk Brahims turut memberi manfaat kepada pengguna.

Hal ini kerana ramai berpuas hati dengan pek makanan Brahims yang amat memudahkan walaupun dalam kesibukan harian.

Kesimpulan

Bagi yang telah mempunyai akaun CDS untuk berjual beli saham sebaiknya elakkan memilih saham yang berada dalam status PN17 sebegini.

Di Bursa ada lebih 600 lebih pilihan saham patuh syariah lain yang boleh dipilih dan mampu memberikan potensi pulangan yang lebih baik.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts