minyak masak saji
| | |

Siapa Pemilik Minyak Masak Saji?

Minyak Masak Saji

Minyak Masak Saji merupakan minyak masak Malaysia yang diproses oleh sebuah anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Product Sdn Bhd (DOPSB).

Ia terkenal sebagai jenama utama minyak masak Halal Malaysia yang terbaik.

Jenama saji bukan sahaja mengeluarkan produk minyak masak, tetapi juga produk makanan lain.

Antaranya seperti Creamer Susu Cair, Susu pekat, Sos, Mayonis, Mi Segera dan Garam Batu. 

Delima Oil Product Sdn Bhd

Delima Oil Product Sdn Bhd bermula pada tahun 2000 dan terlibat dalam sektor FMCG (Fast-Moving Consumer Goods).

Kemudian syarikat ini berkembang dan menguasai 3 bidang utama dalam operasinya iaitu: 

1. Penyulingan Minyak Sawit

2. Pembuatan Produk Minyak Sawit Diproses

3. Pengedaran Produk Perindustrian dan Pengguna

Kini produk makanan dan jenama DOPSB ditubuhkan di pasaran utama seperti ASEAN, Timur Tengah, Asia Barat, Eropah dan Afrika Barat. 

Selain Saji, syarikat ini juga mengeluarkan beberapa jenama lain seperti Adela’, ‘SunBear’, ‘Tiara’, ‘Tiga Udang’ dan ‘Seri Pelangi’ yang memproses produk-produk berasaskan minyak olien kelapa sawit.

Syarikat ini menyediakan produk makanan yang dijamin halal dan berkualiti kerana mematuhi akta makanan dan kelulusan Jakim.

Proses Penghasilan Minyak Masak

Minyak masak diproses bermula dari ladang buah sawit.

Kemudian buah tersebut dihantar ke kilang untuk dimasak dan disterilkan.

Tujuannya adalah bagi memastikan kebersihan dan bebas dari kuman.

Selepas itu buah sawit dimasukkan dalam mesin pengasingan dan diperah. 

Akhir sekali, minyak sawit mentah melalui proses penapisan dimana ia  membentuk minyak yang jernih dan bermutu tinggi.

Cara memilih minyak masak

Kalau ke pasaraya atau ke kedai runcit membeli minyak masak pasti kita akan nampak banyak pilihan yang dijual.

Apa beza pelbagai jenis minyak yang ada di pasaran ini?

Kajian daripada Dr. Redza Benjamin, seorang saintis terkenal memberitahu bahawa setiap jenis minyak yang dihasilkan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Antara nasihat yang diberikan oleh Dr. Redza adalah:

1. Guna minyak kelapa atau minyak sawit untuk masakan bergoreng seperti ayam dan ikan. Hal ini agar makanan yang digoreng akan lebih rangup.

2. Minyak sayuran digunakan apabila menumis sambal dan masakan lain supaya lebih enak dan sesuai dengan resepi tersebut.

3. Minyak zaitun pula digunakan untuk makanan jenis mentah seperti salad.

Biasanya ramai yang guna minyak sawit sahaja untuk segala macam resepi makanan. Tak salah.

Tetapi penggunaan jenis minyak masak yang digunakan akan menjadikan makanan yang dimasak lebih sihat dan berkhasiat. 

Kesimpulan

Minyak masak adalah bahan masakan yang amat diperlukan dalam setiap rumah.

Tanpa minyak masak susahlah untuk memasak kerana kebanyakan masakan amat memerlukan minyak masak.

Namun zaman sekarang juga sudah banyak teknologi masak tanpa minyak.

Contohnya seperti ‘airfryer’ dan ‘non stick cookware’ yang memperkenalkan teknologi memasak dengan lebih sihat tanpa minyak dan kolesterol.

Walaubagaimanapun, permintaan minyak masak masih tetap ada sehingga ke hari ini.

Sebagai menyokong kempen BMF, gunalah produk-produk muslim yang diyakini bersih dan halal seperti minyak saji ini.

minyak masak saji

Oleh itu, dalam pada ramai yang bersetuju dengan kempen bmf ini, siapa yang masih belum ada akaun CDS bukalah sekarang.

Jika tiada CDS bagaimana mahu miliki syarikat besar seperti FGV, Pos Malaysia Berhad, DRB-Hicom dan banyak lagi syarikat-syarikat di bursa Malaysia.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.