Share Consolidation Untung Atau Rugi? Ambil Tahu 4 Perkara Wajib Ini!
Apa itu Share Consolidation ?
Share Consolidation adalah penggabungan saham.
Ia adalah salah satu tindakan korporat yang menggabungkan beberapa unit saham kepada satu unit.
Dengan tindakan ini, jumlah saham dalam syarikat akan menjadi lebih kecil. Tetapi selaraskan dengan kadar harga saham yang melambung tinggi.
Berbaloi ke Beli Saham yang Share Consolidation?
Terdapat 4 info penting yang anda perlu tahu dalam Share Consoidation ini.
1. Ex-date
Wajib tahu bilakah tarikh Ex-Date Share Consolidation saham tersebut. Bukan tengok pada Entitlement Date. Ex-Date adalah tarikh akan berlakunya Share Consolidation.
2. Cara pengiraan
Anda wajib tahu berapa Share Consolidate. Maksudnya 1 unit akan dibahagikan kepada berapa unit kerana maksud Share Consolidation itu sendiri adalah menggabungkan unit saham menjadi 1 unit saham.
3. Tahu amount berapa boleh jual
Pada hari Ex-Date, anda perlu tahu cara kira.
Sebagai contoh, Share Consolidation Saham A adalah 1:50. Contoh anda beli 10,000 unit. Maka semasa Ex-Date, daripada 10,000 unit tadi ia akan menjadi 200 unit sahaja kerana 1:50 bermaksud, 10,000 unit di bahagikan/ digabungkan dengan nisbah 50.
Maka unit saham yang anda miliki sekarang adalah 200 unit sahaja.
4. Denda jika jual lebih unit saham
Ramai yang terlepas pandang perkara ini dan mungkin ada juga yang tidak tahu bahawa bilangan unit saham yang baru adalah 200 unit bukannya 10,000 unit lagi.
Jadi anda sepatutnya hanya boleh jual 200 unit sahaja bukan lagi 10,000 unit saham tersebut.
Benda Wajib Perlu Tahu Dalam Share Consolidation
Bolehkah jual beli saham ini selepas ex-date?
Scenario 1: Abu tidak ada beli saham Share Consolidate sebelum hari Ex-date, jadi Abu tiada masalah boleh jual beli seperti biasa.
Scenario 2: Ali beli sehari sebelum Ex-date saham yang ada Share Consolidate. Kemudian Ali mahu jual pada hari Ex-date tiada masalah. Tetapi perlu jual mengikut unit yang betul yang telah di bahagikan.
Apa jadi kalau terlebih jual?
Sekiranya terjual unit saham melebihi jumlah sebenar yang dimiliki, lebihan unit saham yang terjual dianggap sebagai Short Selling.
Short Selling adalah strategi pelaburan yang menggunakan cara jual dahulu, beli kemudian.
Jadi sebagai denda, lebihan unit saham yang terjual ini perlu dibeli semula untuk mencukupkan bilangan saham yang tak dimiliki.
Ianya adalah untuk mencukupkan semula unit saham yang sepatutnya di gabungkan semasa Ex-Date tersebut.
Apa jadi jika tidak beli semula?
Kesannya anda akan dikenakan Buying-in. Dalam kes ini, Bursa akan melaksanakan proses Buying-in.
Proses ini adalah belian dari Bursa untuk unit saham tadi dengan harga 10 bid di atas harga terakhir atau harga tutup pada hari tersebut mengikut mana-mana harga yang lebih tinggi.
Ini bermaksud, anda seolah-olah perlu beli semula saham ini dengan harga 10 bid lebih tinggi untuk lengkapkan milikan saham supaya dijual kepada Bursa.
Contoh scenario
Sebagai contoh, Ali beli saham A sebanyak 30,000 unit pada harga RM 0.035 sebelum Ex-Date.
Kemudian pada hari Ex-Date Share Consolidation dengan kadar nisbah 1:50, harga naik sehingga RM0.30.
Ali nampak jika jual sekarang boleh untung banyak iaitu (RM0.30 x 30,000) – (RM0.035 x 30,000) = RM 7,950.
Tetapi !
Sebenarnya Ali terlebih jual kerana unit saham Ali boleh jual hanyalah 600 unit sahaja (30,000/50) kerana Share Consolidation 1:50
Jadi disini, Ali sudah Short 29,400 unit saham.
Ali serta merta wajib beli semula 29,400 unit ini. Kalau Ali tak beli balik, Ali akan dikenakan denda.
Dendanya adalah, 29,400 unit itu tadi perlu dibeli pada harga tutup pada hari tersebut campur dengan 10 bid.
Contoh Closing pada hari tersebut RM0.40. Dengan tambahan 10 bid, jadi Ali dikenakan denda untuk beli semula pada harga RM0.45.
Maka jumlah Ali dikenakan denda adalah RM0.45 x 29,400 = RM13,230.
Jadi disini, kita kira balik berapa banyak Ali rugi sebenarnya.
1. Beli 30,000 unit x RM0.035 = RM 1,050
2. Jual semua 30,000 unit x RM0.3 = RM 9,000
3. Kononya untung RM9,000 – RM1,050 = RM7,950
4. Kena denda RM 0.45 x 29,400 = RM13,230
5. Rugi RM13,230 – RM7,950 = RM 5,280 !!!
Bagaimana nak tahu Share Consolidation?
Pertama anda boleh cek di Platform trading. Apabila anda login di handphone anda akan perasan ada popup Alert Message Share Consolidate atau Right Issue atau lain-lain.
Kedua boleh layari di website Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com untuk tengok info-info terbaru.
Jom tonton video risiko Share Consolidation yang kami telah sediakan ini sebagai info tambahan untuk anda lebih faham tentang Share Consolidation ini.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Download Ebook Saham PERCUMA :