Share-Consolidate-Air-Asia

Share Consolidate Air Asia – Case Study

Info Share Consolidate Air Asia X Berhad, AAX

Saham Air Asia Berhad, AAX berlaku Ex-Date Share Consolidate pada 10 Feb 2022.

Bagi pengguna Platform Mplus akan nampak Popup Alert Share Condolidate AAX ini seminggu awal sebelum tarikh Ex-Date lagi sebagai peringatan awal kepada trader dan pelabur.

Share-Consolidate-Air-Asia

 

Apa Nak Buat Jika Saham Ini Ada Dalam Portfolio Anda?

Pada 10 Feb 2022, jika saham AAX ini ada di Portfolio anda fahamkan apa itu Share Consolidate dan kesannya jika berlaku.

Kemudian tahu cara kiraan Share Consolidate berdasarkan ratio yang syarikat umumkan.

Fahamkan Case Study Share Consolidate Air Asia X Berhad ini:

 

Apa Itu Share Consolidate?

Share Consolidation adalah penggabungan saham yang bertujuan untuk meningkatkan nilai sesuatu saham tersebut.

Ia adalah salah satu tindakan korporat (Corporate Exercise) yang menggabungkan beberapa unit saham menjadi satu unit.

Dengan tindakan ini, jumlah unit saham syarikat akan menjadi lebih kecil dan harga saham menjadi tinggi.

Share-Consolidate-Air-Asia

 

Ex-Date Share Consolidate AAX

Ex-Date adalah tarikh akhir bagi Shareholder yang layak.

Share-Consolidate-Air-Asia

Shareholder yang terlibat dengan Share Consolidate ini apabila anda:

  1. Beli sekurangnya sehari sebelum tarikh Ex-Date Consolidation Air Asia X
  2. Jual sekurangnya pada tarikh hari Ex-Date kerana sudah beli sebelum tarikh Ex-Date lagi

 

Pada hari Ex-Date anda akan dapati unit saham AAX berkurang, manakala harga saham akan meningkat tinggi.

Case Study harga saham AAX sehari sebelum Ex-Date, RM0.055;

 

Harga saham Air Asia semasa Ex-Date sudah berlaku adjusted, RM0.545 sebaik sahaja harga buka.

Dengan ratio 1:10 Share Consolidate AAX boleh dikatakan berlaku peningkatan harga sebanyak 10 kali ganda dari harga sebelum Consolidation. 

Namun perlu ingat, semasa Ex-Date bilangan unit saham telah digabungkan dan menjadi lebih kecil.

 

Cara kira unit saham AAX semasa Ex-Date Consolidation

Berdasarkan ratio case study AAX adalah 1:10 bermaksud setiap 10 unit bergabung menjadi 1 unit.

Contoh jika anda ada 100 unit saham AAX di Portfolio akan menjadi 10 unit saham AAX semasa Ex-Date. 

Share-Consolidate-Air-Asia

 

Kesan Share Consolidate AAX

Kesan daripada share Consolidate, 

  1. Jumlah unit saham berkurang
  2. Manakala harga saham menjadi tinggi selaras dengan pergabungan unit saham

 

Apa Jadi jika Terlebih Jual?

Semasa hari Ex-Date sila PASTIKAN anda jual bilangan unit saham yang betul  yang telah dibahagikan berdasarkan ratio (jika mahu jual).

Ini adalah kerana, jika terlebih jual unit saham anda akan dikenakan DENDA.

Lebihan unit saham yang terjual dianggap sebagai Short Selling. Sebagai denda, lebihan unit saham yang terjual ini perlu dibeli semula untuk mencukupkan bilangan saham yang tak dimiliki.

Ianya adalah untuk mencukupkan semula unit saham yang sepatutnya di gabungkan semasa Ex-Date tersebut.

 

Syarikat yang bakal menjalankan Corporate Exercise

Untuk mengetahui aktiviti Corporate yang bakal berlaku boleh semak di:

  1. Pertama, cek di platform. Bila login di handphone anda akan perasan ada popup Alert Message Share Consolidate atau Right Issue atau lain-lain.

  2. Kedua, layari website Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com untuk lihat info-info terbaru.

 

Kesimpulan

Perkara wajib anda perlu tahu dalam Share Consolidate ini cara kira unit saham berdasarkan ratio supaya untuk mengelakkan denda yang tak diingini.

Jika belum ada akaun CDS boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat. 

 

Similar Posts